3 Tips Berguna Menarik Minat Anak Kecil Untuk Mandi

3 TIPS BERGUNA MENARIK MINAT ANAK KECIL UNTUK MANDI

Macam comel je kan tajuk entry kali ni. Haha. Ni entry memang khas untuk ibu bapa yang ada anak kecil yang liat nak mandi. Lagi-lagi waktu pagi kan? Kadang ada yang jenis anak kecilnya sampai menangis bila disuruh mandi.

 

Tapi jangan risau ibu-ibu sekalian, sebab hari ni admin akan share kan tips yang boleh membantu korang untuk menarik minat anak-anak kecil anda untuk mandi. Mana tahu lepas amalkan tips ni tak perlu suruh pun anak-anak dah tahu waktu mandi nya & tak meragam kalau nak dimandikan.

 

So, jom take note apa je tipsnya di bawah ni 😉

 

TIPS 1: MANDI BERSAMA ADIK-BERADIKNYA YANG LAIN UNTUK BUATKAN SI KECIL LEBIH SERONOK

  • Kadang-kadang anak-anak rasa liat nak mandi sebab tak ada kawan. Bila ada kawan dieorang akan rasa lebih seronok sikit sebab ada teman nak main masa mandi. So, nak buatkan anak-anak seronok nak mandi, ibu-ibu boleh lah ajak adik-beradiknya yang lain turut mandi bersama. Comfirm lepastu tak liat dah 🙂

 

TIPS 2: BERI PERMAINAN YANG SESUAI SUPAYA ANAK KECIL TAK BOSAN

  • Anak-anak kecil juga sukakan permainan yang boleh dimain ketika meraka mandi. Sekurangnya ada sedikit hiburan yang boleh buatkan mereka tak berasa bosan dan seronok untuk mandi.
  • Macam-macam jenis mainan yang sesuai untuk mereka main. Contohnya permainan yang lembut ada bunyi-bunyi  yang menarik perhatian mereka dan juga jenis permainan yang boleh membuatkan mereka berfikir.

 

TIPS 3: AIR HUJAN DALAM BILIK AIR

  • Anda juga boleh biarkan anak anda main dengan air shower tu. Ini kerana anak-anak kecil  kan suka hujan , so kita buat shower tu macam hujan. Jadi, anak-anak akan lebih enjoy untuk mandi.

 

 

So, boleh la ibu-ibu praktikkan untuk membolehkan anak-anak tak liat mandi dan rasa lagi happy bila mandi. Goodluck !

 

 

Sumber: SirapLimau