Resepi Pilihan Nurraysa: Nasi Lemak Burger

NASI LEMAK BURGER

Wow, selalu dengar nasi lemak daun pisang, nasi lemak biasa je tapi sekarang dah update sikit ada new version punya nasi lemak iaitu NASI LEMAK BURGER. Bunyi macam menarik sangat kan ? Jom try buat nak ? Bawah ni admin share kan resepinya. Mana tahu boleh buat menu untuk malam ni atau esok pagi semasa breakfast ke kan ?

 

 

BAHAN-BAHAN :

– 1 cawan beras pulut (direndam semalaman)
– 1 cawan santan
– 1 sudu besar garam
– Tepung serbaguna
– Telur
– Ayam (tanpa tulang)
– Sambal nasi lemak
– Kacang dan ikan bilis
– Timun
– Telur goreng

 

CARA-CARA:

1. Kukus beras pulut dengan santan dan garam hingga masak.
2. Tekankan dan padatkan pulut ke dalam loyang berbentuk bulat.
3. Panaskan bun nasi di atas kuali hingga sedikit garing.
4. Salut ayam tanpa tulang dengan telur dan tepung serbaguna.
5. Goreng hingga keemasan.
6. Susun burger, dimulakan dengan bun nasi diikuti dengan sambal, timun, ayam goreng, telur goreng, kacang, ikan bilis dan bun nasi.
7. Sedia untuk dihidang!

 

Selamat Mencuba !

 

 

Sumber: SeismikMakan