Tips Elak Bayi Dan Kanak-Kanak Tersedak Susu

TIPS ELAK BAYI DAN KANAK-KANAK TERSEDAK SUSU

 

Ramai yang menganggap bahawa masalah tersedak ini satu perkara yang boleh diambil ringan. Tahukah anda bahawa tersedak ini sangat sinonim apabila ia kebanyakannya berlaku terhadap bayi, kanak-kanak sehingga ianya boleh membawa maut?

 

Realitinya, di negara kita juga tidak lari daripada kejadian tersedak sehingga membawa maut ini yang mana lazimnya berlaku kepada bayi seawal tiga bulan yang sedang minum susu botol secara salah.

 

Menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pakar KPJ Ampang, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, kejadian tersedak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering berlaku terutama seawal usia enam bulan kerana ketika itu mereka melalui proses tumbesaran dan gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka termasuk bahan bukan makanan.

 

Namun, untuk hari ini admin ingin share kan beberapa tips bagi mengelakkan bayi atau kanak-kanak anda daripada tersedak susu.

 

 

1. Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu pernafasan bayi

2. Justeru, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan risiko-risiko tersedak susu tidak berlaku dan ini antara tip-tipnya:

  • Cari panduan menyusu dengan betul sama ada pemberian botol atau badan.
  • Jangan beri susu ketika bayi sedang menangis sebaliknya tunggu bayi diam.
  • Jika bayi menyusu botol, pastikan saiz puting yang digunakan sesuai.
  • Pastikan bayi disusukan dengan kepalanya sedikit tinggi dan elakkan menyusu secara bayi berbaring terlentang.
  • Sendawakan bayi.
  • Jangan biarkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol.
  • Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.
  • Jika bayi sering tersedak susu, bayi perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

3.  Langkah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak

  • Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.
  • Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.
  • Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.
  • Jika masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.
  • Ulangi sehingga objek tersebut keluar.

 

4. Jika masih tidak bermaya dan tidak bernafas, telefon untuk bantuan dan berikan juga bantu pernafasan melalui mulut kepada bayi.

5. Selain tersedak, pernafasan bayi boleh terhenti jika meletakkan bayi ketika tidur secara salah.

6. Cara meletakkan bayi ketika tidur sangat penting dan mempengaruhi sistem pernafasan mereka.

7. Beberapa perkara dikenal pasti boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas seperti tidur meniarap, tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut.

8. Keadaan terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga menjadi punca pernafasan bayi terganggu.

9. Jika terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.

 

Jadi, amat penting untuk ke dua ibu bapa yang mempunyai bayi atau kanak-kanak prihatin dalam mengenal pasti punca-punca kejadian yang mendorong kepada kejadian tersedak antara faktor hal itu berlaku dengan mudah.

 

Sumber: Utusan