7 PETUA DI DAPUR
Salam Jumaat untuk semua pembaa blog Nurraysa. Jumpa lagi kita dalam ntry kali ni yang mana harini admin nak share kan kepada anda semua antara 7 Petua di Dapur. Wow, mesti kaum ibu-ibu seronok ni sebabnya melibatkan dapur. Mana-aman yang bergelar ibu memang tak dapat dipisahkan la kan dengan dapur. Huhu. Jom check it out !
1. Sayur Kekal Segar
- Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.
2. Ikan Kekal Segar
- Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dingin beku.
3. Hilangkan Hanyir Ikan
- Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
4. Elakkan Ikan atau Ayam Melekat di Kuali
- Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali, minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.
5. Tulang dan Daging Cepat Empuk
- Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.
6. Elakkan Getah Nangka
- Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.
7. Bersihkan Pengisar
- Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.
Sumber: IbnuAmin