3 TIPS MUDAH MULAKAN BISNES

 

Nak mulakan bisnes, benda pertama yang anda kena buat adalah mengkaji. Kaji persekitaran dunia perniagaan bagaimana, kemudian take note perkara atau tips-tips yang anda perlu tahu untuk memulakan sesuatu bisnes. Untuk permulaan, admin share kan 3 tips mudah dulu yang perlu anda tahu.

Apa dia tips nya? Jom baca di bawah !

 

1. GUNA MODAL YANG RENDAH

Mulakan dengan modal yang ada ditangan. Anda tidak perlukan keluarkan wang yang banyak untuk mulakan perniagaan. Anda boleh mula dengan modal serendah RM2,000 ke bawah sahaja kerana anda tidak menanggung kerugian yang tinggi apabila bisnes anda tidak menjadi seperti yang diinginkan.

 

2. ZERO COST MARKETING

Apabila anda baru sahaja memulakan perniagaan, mulakan dengan kos marketing yang rendah antaranya anda boleh iklankan produk di Facebook, Instagram, blog dan sebagainya.

 

3. BRANDING DIRI

Branding diri adalah salah satu perkara yang mempengaruhi orang di sekeliling untuk lebih mengenali anda. Kenalkan diri anda, ambil setiap peluang yang ada dan sentiasa positif dalam segala perkara yang dilakukan agar orang di sekeliling lebih percaya kepada anda. Tempat yang paling bagus anda brandingkan diri adalah di Facebook personal anda. Pamerkan diri  anda sebagai orang yang melakukan bisnes dengan kepakaran tersendiri.

 

 

 

Mahukan lebih banyak tips bisnes? Stay tuned ! Semoga bermanfaat untuk anda semua.