3 MAKANAN RINGKAS & BERKHASIAT UNTUK BAYI
Biasanya seawal usia 6 bulan si kecil sudah boleh diberi makan. Makanya ibu-ibu lah antara orang yang paling excited dalam memikirkan menu untuk si anak kerana bukan sebarang makanan yang boleh dimakan oleh si anak anda. Pemilihan makanan yang baik juga sangatlah penting untuk ibu-ibu tahu.
Berikut adalah 4 resepi yang ringkas dan berkahsiat untuk si anak kecil anda.
1. PURI BUAH-BUAHAN
- Seawal usia 6 bulan, sistem pencernaan bayi masih tidak matang. Oleh itu, menu pengenalan yang paling sesuai untuk dihadam oleh si bayi adalah buah-buahan. Antara buah-buahan yang sesuai untuk makanan pertama bayi adalah epal, pear, kurma, kismis. Harus diingatkan bayi 6 bulan tidak perlu disuapkan dengan solid food sehingga kenyang diet utama mereka adalah susu ibu atau susu formula dan solid food hanyalah sekadar makanan tambahan.
- Cara-cara menyediakan puri buah-buahan:
- Steam buah yang telah dikupas kulit dan dibuang biji
- Kisar dan tapis
- Sedia untuk dimakan!
2. PURI BUAH & SAYURAN
- Selain buah-buahan, sayuran hijau juga amat sesuai diberi kepada bayi yang baru pertama kali mencuba solid food. Sayur brokoli, lobak, dan bayam adalah antara sayuran yang tinggi khasiatnya.
- Cara-cara menyediakan puri buah & sayuran:
- Steam brokoli dan bayam
- Kisar bersama avocado
- Tapis dan siap!
3. NASI JAGUNG
- Sekitar bayi berusia 8 bulan, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan jenis bijirin seperti nasi dan oat. Resepi ke tiga ini menggunakan putik jagung atau pun baby corn yang tinggi dengan serat. Khasiat serang dapat merangsang sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat sekaligus membantu si bayi mendapat berat badan yang ideal.
- Cara menyediakan nasi jagung:
- Steam putik jagung & blender sehingga lembut
- Masak nasi (tidak terlalu keras)
- Kisar dua bahan bersama
- Sedia untuk disajikan!
Selamat Mencuba !
Sumber: Majalahpama