7 Tips Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

7 TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

 

Memiliki berat badan ideal pastinya impian setiap orang, baik kaum adam maupun kaum hawa. Jika anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan konsisten serta dengan cara yang betul, InsyaAllah, akan membuahkan hasil yang sempurna.

Di sini saya kongsikan pada anda 7 Tips untuk Turunkan Berat Badan dengan Cepat.

Jom baca di bawah ni ?

 

1. MINUM AIR KOSONG 2 LITER SEHARI

 

Semua orang tahu bahawa pengambilan air harian yang cukup penting untuk kesihatan. Secara umumnya kita disarankan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas, atau bersamaan 2 liter sehari. Apakah fungsi air kosong untuk membantu dalam penurunan berat badan kita?

 

1. Membantu Pencernaan

2. Membantu mengurangi stress, cemas, dan depresi

3. Mempercepat proses pergantian sel kulit mati

4. Memberikan tenaga pada otak

5. Membantu melancarkan darah

6. Mencegah dehidrasi

10. Menurunkan berat badan

 

 

2. MAKAN SEGENGGAM NASI

Macam mana pula nasi boleh membantu untuk turunkan berat badan? Perkara yang paling penting untuk semua orang yang ingin kurus ketahui ialah bagaimana jumlah pengambilan kalori harian serta keseimbangan zat yang mengikut piramid maknanan, begitu juga nasi. Bagi menurunkan berat badan, kurangkan nasi daripada saiz segenggam tangan tadi bersama air kosong. Sekiranya ingin mengambil air manis, konsep pengurangan adalah sama supaya anggaran kalori asalcadalah kurang daripada saiz segenggam penumbuk tangan anda.

 

 

3. SENAMAN 30 MINIT

Selain dari pemakanan yang betul, kaedah senaman yang betul juga penting dalam proses menurunkan berat badan. Terutamanya bagi mereka yang benar benar serius hendak menurunkan berat badan. Sebenarnya, dengan kaedah senaman yang betul, tak perlu spend masa berjam jam atau jogging pusing satu taman pun. Di rumah pun boleh. Cukup anda buat senaman dengan betul selama 30 minit, tiga kali seminggu juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan.

 

 

4. LUPAKAN MAKANAN SEGERA

Untuk menurunkan berat badan, sebaiknya lupakanlah semua jenis makanan segera yang jika sebelum ini anda pernah makan seperti KFC, Maggie dan lain-lain. Ini kerana makanan segera kebiasaannya mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Bukan sahaja untuk turunkan berat badan , elakkan makan makanan segera juga adalah baik untuk kesihatan anda. Jadi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat dan segar.

 

 

5. TINGGALKAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG MANIS

 

Makanan dan minuman manis akibat kandungan gula tinggi juga bisa menyebabkan kegemukan. Untuk itu, jika Anda ingin menurunkan berat badan, ya kurangi atau hindari makanan dan minuman yang terlalu manis. Tubuh memang memerlukan zat gula sebagai energi. Boleh makan dan minuman yang manis-manis, tetapi dibatasi. Jangan berlebihan.

 

 

6. ELAKKAN BAHAN PERASA DALAM MAKANAN

 

Dalam masakan seharian anda juga sebaiknya elakkan dari meletakkan bahan perasa seperti ajinomoto dan juga kurangkan masakan yang jenis berminyak. Ini kerana bahan MSG dalam ajinomoto tinggi dan tidak baik untuk kesihatan.

 

7. SENTIASA POSITIF

 

Set kan juga dalam diri anda supaya sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang anda lakukan. Ini kerana faktor tersebut akan mempengaruhi emosi dan keadaan  fizikal anda juga.

 

 

Jadi, bagi anda di luar sana yang inginkan penurunan berat badan boleh lah amalkan tips yang admin share kan ini. Semoga berjaya !