RAHSIA GINCU TAHAN LAMA
Semua tahu yang mana gincu atau lipstick akan membuatkan wajah nampak lebih segar dan menyerlah seri kecantikan di wajah. Walau bagaimana pun, gincu mudah comot dan cepat pudar jika salah cara sebabnya kadang tu bila minum dah cepat pudar. Macam mana caranya nak bagi gincu tahan lama? Haa… di bawah ni ada tipsnya !
1. SKRUB BIBIR
Buang kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas untuk bibir sahaja. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan.
2. PELEMBAP BIBIR
Sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh.
3. PENGGARIS BIBIR
Gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering.
4. GINCU
Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot.
5. BEDAK HALUS
Terakhir sekali adalah sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari.
6. GUNAKAN STRAW
Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air.
Sumber: Eh!