Jerawat Tumbuh Di Tempat Yang Sama? 2 Perkara Ini Anda Perlu Elakkan !

2 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

SUPAYA JERAWAT TIDAK TUMBUH DI TEMPAT YANG SAMA 

 

Jerawat adalah masalah sinonim yang dihadapi oleh setiap wanita. Munculnya jerawat di permukaan kulit muka kadang-kadang boleh membuatkan seseorang individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan itu sahaja, munculnya jerawat berulang kali di tempat yang sama juga boleh membuatkan anda sendiri stress. Belum sempat parut yang dahulu hilang, datang pula yang baru.

 

Tapi tahukah anda apa yang membuatkan jerawat tumbuh di tempat yang sama ? Mesti anda semua pun ingin tahu bukan? Jadi hari ini admin kongsikan bersama anda hasil perkongsian daripada Wanista antara 2 perkara mudah yang perlu anda elakkan supaya jerawat tidak tumbuh di tempat yang sama.

 

 

 

#1 ELAKKAN MEMICIT JERAWAT

  • Sikap suka memicit jerawat atau bintik putih membawa permasalahan  pada kulit. Memang anda dapat mengeluarkan jerawat, akan tetapi secara tidak sedar lapisan kulit meninggalkan kesan luka dan iritasi. Iritasi ini lah punca jerawat kembali tumbuh ditempat yang sama. Jadi tukarkanlah tabiat suka memicit jerawat itu dengan merawat jerawat menggunakan produk yang sesuai seperti produk yang mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.  Bagi yang menggunakan produk Nurraysa atau pun yang baru nak cuba, untuk hilangkan jerawat ini, anda boleh lah menggunakan Collagen Soap, Treatment Serum & juga Argan Moisturizer. InsyaAllah berkesan.

 

 

 

#2 ELAKKAN SUKA MENYENTUH MUKA

  • Jari dan tangan anda yang kotor yang menyentuh kulit secara tidak langsung telah membiarkan bakteria merebak di sekitar kulit yang terdedah. Sama seperti dengan suka memicit jerawat, memicit jerawat menggunakan kuku dan jari penyebab jerawat tumbuh semakin teruk. Sentiasa pastikan untuk tidak menyentuh muka dan juga bersihkan tangan dan kuku untuk mengelak dari dijangkiti bakteria.

 

 

 

Haa.. amacam ? dah tahu kesalahan apa yang anda lakukan yang membuatkan jerawat naik di tempat yang sama? Jadi, selepas ni boleh lah anda elakkan daripada berbuat demikian ye jika tidak mahu masalah jerawat berulang kembali. Mudah je kan ? Semoga berjaya !

 

 

 

 

Sumber: Wanista.com