4 KESALAHAN MENGGUNAKAN MASKARA YANG PERLU ANDA ELAKKAN
Umumnya semua mengetahui bahawa penggunaan maskara merupakan salah satu produk makeup yang penting bagi wanita dalam mempercantikkan tampilan di bahagian mata. Fungsinya yang membolehkan bulu mata terlihat panjang dan lentik membuatkan ramai wanita di luar sana menjadikan produk maskara salah satu produk makeup yang wajib ada dalam koleksi barangan makeup mereka sendiri.
Namun, awas! sebenarnya dalam kita tak sedar sebenarnya ada 7 kesalahan yang sering kita lakukan semasa menggunakan maskara.
#1 MENGEPIT BULU MATA SELEPAS MEMAKAI MASKARA
- Hal ini adalah kesalahan besar bagi si pemakai. Bulu mata yang sudah menggunakan maskara akan melekat di pengepit bulu mata, dan keadaan ini akan merosakkan kelentikan yang sudah kita buat.
#2 BERKONGSI MASKARA
- Sharing maskara dengan rakan anda boleh membuatkan ianya berbahaya kepada si pemakai. Kuman-kuman akan mudah menempel dan menular untuk kesihatan mata kita sendiri.
#3 PENGGUNAAN MASKARA MELEBIHI 3 BULAN
- Perlu diingatkan juga, penggunaan maskara adalah tidak lebih dari 3 bulan. Jika kita menggunakan tanpa mengambil berat tentang jangka masanya, ia boleh membuatkan mata mudah terinfeksi dengan kuman-kuman di persekitaran kita.
#4 MALAS UNTUK MEMBERSIHKAN MASKARA
- Menggunakan makeup hingga saat tidur boleh mengganggu kesihatan kulit kita. Sama halnya dengan maskara, jika tidak dicuci dengan bersih boleh membuatkan bulu mata mudah tertanggal, iritasi, bahkan infeksi.
Semoga bermanfaat !