5 MINIT RESEPI BUBUR PULUT HITAM
Hai ! masih pening fikir nak masak apa untuk makan minum petang-petang nanti? Ha.. nah admin kongsikan resepi mudah masak bubur pulut hitam daripada Raffie Yusoff. Jom check it out !
- Resepi untuk 5-6 hidangan, boleh bahagikan 2 kalau nak buat sikit
- 400gm beras pulut hitam (direndam at least 1 jam. Kalau semalaman lagi elok, cepat masak & empuk)
- Bilas bersih dan toskan
Dalam periuk sederhana besar, masukkan:
- Beras pulut yg telah direndam
- 1.5 liter air (1 jag sederhana)
- 3 helai daun pandan
Masak dengan api perlahan sehingga beras benar2 empuk (sebahagian butir beras akan merekah dan kelihatan isi berwarna putih)
Kalau kering tambah sedikit air
Masukkan:
50gm nisang/gula melaka
2 kotak santan (kecil), kalau guna santan fresh 400ml
6-7 sudu besar gula (ikut citarasa)
1/2 sudu kecil garam
Kalau terlalu pekat boleh tambah air lagi atau fresh milk sebab dah sejuk nanti akan jadi bertambah pekat
Siap! Hidangkan bersama sedikit krim atau santan untuk efek berkrim bagi yang suka