5 Tips Kewangan Bebas Hutang

5 TIPS KEWANGAN BEBAS HUTANG

 

Sememangnya pada masa kini wang atau duit sangatlah penting untuk meneruskan hidup. Namun, pesan ornag-orang lama, susah mana pun kita sbeolehnya janganlah berhutang. Sebab apa? Sebab bila kita dah terbiasa, hutang-hutang tersebut akan memberi masalah kepada diri kita kelak.

Jadi, harini admin akan kongsikan antara 5 tips bebas hutang bagi anda yang memang bersungguh dan komited untuk selesaikan hutang. Yang nak belajar je pun boleh baca. Untuk panduan masa depan anda juga. Lets check it out !

 

 

TIPS 1 : JAUHI HUTANG BARU DAN KAD KREDIT

  • Tips kewangan pertama untuk bebas hutang adalah menjauhi segala bentuk perhutangan dengan kata lainnya, jauhi hutang baru. Contohnya, membuat kad kredit adalah satu kesilapan yang besar sekiranya anda mahu menyelesaikan hutang dengan kadar segera untuk mencapai hidup bebas hutang. Ini kerana anda menambah kredit ke dalam sistem kewangan anda. Oleh itu, jauhi segala bentuk pinjaman atau kad kredit. Biasakan membuat segala transaksi dalam bentuk tunai bagi mengurangkan kredit ke dalam sistem kewangan anda.

 

 

TIPS 2: BUANG SIFAT BELANJA BERLEBIHAN 

  • Tips kewangan ke dua adalah menjauhkan diri dari sifat membazir. Ini kerana kita sering kali terperangkap dan berbelanja habis-habisan sekiranya terdapat dan terjumpa perkataan “Sale”, “Durian Runtuh” , “Mega Sale” yang di paparkan di kedai kedai di pusat membeli belah. Ini kerana kita berpendapat ini adalah masa untuk mendapatkan sesuatu barang dengan harga runtuh dan murah. Iya tidak dinafikan sama sekali, tapi harus ingat jadilah pengguna yang bijak berbelanja dalam menilai dan memilih barang keperluan dan barang kehendak

 

 

TIPS 3: BUAT PENDAPATAN SAMPINGAN

  • Tips kewangan seterusnya adalah anda boleh menambah pendapatan bulanan anda dengan membuat duit sampingan. Ini adalah cara yang paling cepat dalam meningkatkan dan menambah pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh, daftarlah sebagai pengedar Nurraysa sama ada sebagai Dropship, Agent ataupun Stokis. Jangan risau jika anda tiada modal kerana Dropship di Nurraya tidak memerlukan apa-apa modal. Senang kata, tanpa modal. Anda boleh join Dropship tanpa modal pun anda boleh cari pendapatan sampingan 🙂

 

 

TIPS 4: SEMAK REKOD PERBELANJAAN

  • Tips kewangan seterusnya adalah menyemak semua perbelanjaan bulanan anda setiap bulan bagi mengetahui kadar purata perbelanjaan anda sebulan. Untuk memudahkan proces menyemak, anda harus menyimpan semua resit perbelanjaan anda untuk setiap transaksi. Anda juga boleh merekodkan perbelanjaan anda dengan menggunakan aplikasi seperti ” Monefy – Money Manager “, ” Spending Tracker “, ” Wallet – Money,Budget,Finance ” dan banyak lagi di play store & app store.

 

 

TIPS 5: MOTIVASI DIRI BAYAR HUTANG

  • Tips kewangan seterusnya adalah anda mesti berazam untuk menyelesaikan hutang anda dengan segera. Inikan akan memotivasikan diri anda untuk menyimpan duit dan menambah pendapatan bagi menyelesaikan hutang dengan segera. Anda haruslah mempunyai keinginan untuk hidup dalam kehidupan hidup bebas hutang di usia muda. Elakkan Hutang Di Usia Muda.

 

Moga kita semua boleh bebas daripada segala hutang ! InsyaAllah

 

 

Sumber: justsharetips.com