6 MANFAAT CHIA SEED UNTUK KESIHATAN
Siapa yang tak pernah tahu pun apa itu chia seed ? Haa.. sini admin share kan sikit apa itu chia seed. Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.
APA MANFAAT CHIA SEED UNTUK KESIHATAN?
1. Meningkatkan kesihatan jantung
Chia seed membantu mengurangkan tekanan darah, LDL,trigliselida dan kolestrol
2. Mencegah gula dalam darah
Mencegah kenaikan gula dalam darah dan baik untuk pesakit kencing manis
3. Sumber serat
Tambah beberapa sudu chia seed dalam diet harian adalah cara yang mudah mendapatkan serat yang mencukupi untuk tubuh badan
4. Sumber forforus
Membantu mengekalkan tulang dan gigi yang sihat serta baik untuk pertumbuhan sel dan tisu
5. Mengawal berat badan
Pengambilan chia seed secara konsisten membuat perut terasa kenyang dan mengawal pemakanan
Sumber: seminitresepi.com