RESEPI PILIHAN : SNOW CHEESE CAKE
Tak tahu nak buat pencuci mulut apa bila tetamu datang? Jom try buat Snow Cheese Cake ni. Mudah dan sedap sangat !
BAHAN-BAHAN
6 biji telur gred A
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh ovelet
2 sudu besar sunquick perisa mango
1/2 cawan minyak masak
Pewarna kuning
BAHAN UNTUK KRIM :
1 kotak cream cheese – 250 gram
1 kotak Whipping Cream – 250 gram
BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 kotak kraft cheddar cheese – diparut
CARA MENYEDIAKAN KEK KEJU CHEDDAR SNOW :
- Masukkan semua bahan2 kecuali minyak masak dan pukul hingga kembang dan gebu menggunakan kelajuan yang sederhana.
- Kemudian masukkan minyak masak dan pukul lagi sehingga sebati.
- Sediakan bekas acuan/loyang yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
- Masukkan aduanna dalam bekas acuan/loyang dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sehingga masak – anggaran 45 minit dengan suhu 150C.
- Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,bahagikan kek tersebut kepada 2 lapisan.
- Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
- Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
- Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
- Masukkan dlm peti ais sekejap sebelum dipotong untuk dimakan.
CARA MENYEDIAKAN KRIM :
- Satukan kedua bahan dan putar sehingga sebati.
Selamat Mencuba !
Sumber: Resepi Mudah