BAHAYA KE KOLESTROL DALAM BADAN? APA PUNCANYA? 

 

Apa itu kolestrol? Bahaya ke kolestrol yang ada dalam badan kita? Haa.. sebahagian dari kita mesti risau tentang masalah kolestrol. Bagi anda mesti merasakan mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar mereka mempunyai masalah kesihatan, obesiti dan sebagainya. Tetapu tahukah anda bahawa mereka yang mempunyai tubuh badan yang kurus juga kadangkala mempunyai tinggi kolesterol yang tahapnya lebih membimbangkan berbanding orang gemuk! Jadi apa punca kolestrol? Jom check it out !

 

APA PUNCA KOLESTROL?

 

BAHAYA KE KOLESTROL?

Tidak. Kolesterol ialah sejenis lemak yang penting untuk badan anda menghasilkan sel namun mempunyai kolesterol yang tinggi/banyak yang membahayakan kesihatan. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah sempit dengan lebihan lemak. Akibatnya darah sukar sampai ke arteri dan jantung tidak dapat oksigen (dalam darah) yang mencukupi seterusnya boleh memberi serangan jantung. Begitu juga apabila aliran darah yang sikit ke otak boleh menyebabkan serangan strok.

 

SIMPTOM KOLESTROL TINGGI

Simptom sebenar tidak dapat dijelaskan melainkan anda sendiri mengambil ujian kesihatan di klinik. Tahap kolesterol akan berubah-ubah mengikut peningkatan umur seseorang, jadi dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol dan tekanan darah setiap tahun. Walaubagaimanapun, ada yang mengaitkan simptom-simptom kecil dibawah dengan masalah kolesterol:

 

CARA MENGATASI KOLESTROL TINGGI

Cara mengatasi kolesterol tinggi ialah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, hindarkan dari rokok, makanan berlemak, berminyak dan bergoreng. Pastikan anda tahu tahap kolesterol yang bersesuaian dengan umur dan tubuh anda. Sekurang-kurangnya bersenam 30 minit setiap hari dan paling penting dapatkan pemeriksaan dengan doktor ya 😉

 

Sumber: Wanista.com