TIPS PEMAKAIAN EYELINER
1. Mengaplikasikan bentuk eyeliner yang sesuai dengan bentuk mata
Bentuk mata setiap orang tentu berbeza-beza, oleh kerana itu kenalilah bentuk mata anda agar ketika anda hendak mengaplikasikan eyeliner, anda perlu tahu bentuk eyeliner yang sesuai dengan mata anda.
2. Cara memakai eyeliner dengan posisi yang betul
Langkah selanjutnya cara memakai eyeliner adalah menentukan posisi yang betul. Aplikasikan eyeliner dengan posisi duduk dan letakkan tangan pada meja yang stabil. Hal ini dilakukan agar tangan tidak bergoyang dan mengurangkan kesilapan yang tidak diingini.
3. Dongakkan kepala sedikit ketika mengaplikasikan eyeliner
Ketika sedang mengaplikasikan eyeliner, dongakkan kepala anda sedikit agar dapat melihat garis mata anda dengan lebih jelas. Cara memakai eyeliner ini sebagai ganti agar tidak mengaplikasikan dengan cara menarik pada hujung mata. Jangan menarik pada hujung mata, kerana pada hujung mata sangat sensitif dan malah mempercepatkan proses penuaan pada kulit.
4. Buat titik atau garis-garis
Untuk menghindari ketebalan yang berbeza. Buat titik-titik atau garis-garis pada kelopak mata anda, kemudian barulah ditebalkan garisan itu tadi.
5. Lukiskan eyeliner ke satu arah dan sekali usap
Cara memakai eyeliner agar ketebalannya serata adalah dengan sekali usap. Setelah membuat titik-titik atau garis-garis, usapkan eyeliner dari hujung ke hujung hanya dengan sekali usap. Dengan itu, maka ketebalannya akan serata.
6. Usapkan lagi sampai mencapai ketebalan yang diinginkan
Jika rasa kurang tebal, usapkan lagi dari hujung-hujung. Ingat. Dari hujung ke hujung. Jangan dari tengah-tengah.
Sehubungan dengan itu anda boleh menggunakan Miracle Eyeliner untuk lebih berkesan dan ianya kurang comot pada bahagian mata anda.