Kesalahan Umum Memakai Eyeliner

Kesalahan Umum Memakai Eyeliner

 

1. Mengaplikasikan eyeliner pada semua garis mata, atas dan bawah.

Hal ini bukannya membuat anda menjadi lebih dramatis, namun akan membuat tampilan mata menjadi lebih kecil padahal anda menginginkan mata agar kelihatan lebih besar. Hal ini memang sesuai bagi anda yang ingin mengaplikasikan konsep gelap pada wajah dan memakai effect smokey eyes.

 

2. Mengaplikasikan eyeliner hanya pada garis mata bahagian bawah.

Agar terlihat tegas dan garang, anda perlu mengaplikasikan eyeliner hanya pada garis mata bahagian bawah sahaja. Hal ini akan membuat tampilan mata anda tidak bersesuaian.

 

3. Malas mengasah pencil eyeliner dan menggunakannya dalam keadaan tumpul.

Dengan mengaplikasikan pencil eyeliner tanpa mengasahnya, ia akan membuat anda susah dan malah ia tidak rata dan kemas.

 

4. Mengaplikasikan eyeliner terlalu tebal

Cara memakai eyeliner untuk mata sepet agar mata kelihatan besar bukanlah dengan mengaplikasikan eyeliner dengan tebal. Jika anda mengaplikasikan eyeliner terlalu tebal, justeru penampilan mata anda akan semakin kelihatan kecil. Terutama bagi yang memiliki mata yang berkerut. Lebih baik aplikasikan eyeliner senipis yang anda boleh, jika anda ingin membuat mata anda kelihatan lebih besar.

 

5. Mengaplikasikan eyeliner dengan menarik ke atas hujung mata 

Dengan melakukan hal tersebut secara berterusan, malah ia akan mempercepatkan proses penuaan pada mata kerana kulit di sekitar mata sangat sensitif. Lebih baik biasakan diri dengan mengaplikasikan eyeliner dengan  mendongakkan kepala sedikit.

 

6. Mengaplikasikan eyeliner cair pada bagian bawah mata

Hal ini akan membuat penampilan anda terlalu garang. Lebih baik gunakan pencil eyeliner lalu ratakan dengan menggunakan eyeshadow jika  ingin mengaplikasikan eyeliner pada bahagian bawah mata anda.

 

7. Menggunakan eyeliner berwarna putih

Mungkin sebahagian dari kita terkejut mendengar hal ini. Memang banyak yang berkata jika ingin penampilan mata lebih besar gunakan eyeliner berwarna putih. Memang masuk akal, namun anda punya pilihan yang lebih baik. Daripada menggunakan eyeliner berwarna putih, cubalah menggunakan nude eyeliner. Hal ini akan membuat penampilam anda kelihatan lebih natural.

 

Semoga bermanfaat dengan maklumat yang diberi ini