Resepi Pilihan: Resepi Bebola Ayam Cheese 

RESEPI BEBOLA AYAM CHEESE

 

Bahan-bahan:

  1. Dada ayam (dicincang atau kisar menggunakan blender)
  2. Lobak merah
  3. Daun bawang
  4. Sebiji bawang merah (dicincang)
  5. Seulas bawang putih (dicincang)
  6. Garam secukup rasa
  7. 1 sudu sos tiram
  8. 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
  9. Cheddar cheese atau mozzarella cheese (potong dadu)
  10. Serbuk roti

 

Cara penyediaan:

  1. Campur bersama ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
  2. Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa)
  3. Setelah itu, tekan bagi leper adunan yang dibulatkan dan letakkan cheese.
  4. Oleskan bebola ke dalam serbuk roti.
  5. Siap dan boleh digoreng

 

Haa, senang dan ringkas bukan? Jadi, boleh la cuba untuk makan waktu petang bersama keluarga tersayang