8 Petua Untuk Kecantikan Kulit

Terdapat beberapa cara mudah untuk mendapatkan kulit  yang sihat. Admin akan kongsikan beberapa petua mudah untuk kulit yang sentiasa sihat, muda dan berseri jadi jangan jadikan alasan sibuk dan tidak ada masa untuk menjaga kulit  anda.

1. Pastikan seluruh tubuh anda dirawat sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan skrub dari campuran gula perang dan minyak zaitun dan urut pada kulit anda. Ia dapat membantu dalam membuang kulit mati dan kotoran yang terdapat pada pori-pori kulit anda. Gunakan gula perang atau serbuk kopi yang digaul sebati bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

2. Pada setiap pagi dan sebelum tidur, pastikan anda menyapukan krim pelembap pada wajah dan tubuh. Untuk mencegah kedutan, kulit anda memerlukan kelembapan yang secukupnya.

3. Paling penting ialah mencuci muka anda sebelum tidur. Cuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai ataupun bilas wajah dengan air suam sebelum tidur. Ia dapat membersihkan minyak, kotoran dan bakteria di pori-pori wajah.

4. Minum dua liter air kosong sehari. Air kosong dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dan membuatkan anda sentiasa hidrat setiap hari.

5. Stress yang berpanjangan boleh memberikan kesan yang negatif pada tubuh anda. Jadi pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan perawatan untuk melegakan badan dan tekanan atau luangkan masa beberapa minit untuk relakskan diri dari bebanan kerja. Jangan lupa untuk bersenam supaya tubuh anda lebih cergas.

6. Jangan sesekali tidur dengan muka yang masih penuh dengan solekan kerana ia akan merosakkan kulit anda. Bersihkan mekap dengan betul. Minyak zaitun sangat efektif untuk menanggalkan lebihan mekap.

7. Amalkan jus detoks sebulan sekali untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh. Buah dan sayuran hijau seperti lemon, oren, bayam, timun, dan epal antara bahan organik untuk jus detoks. Jika kulit anda sering ditumbuhi jerawat dan kusam, ini bermakna tubuh anda mengandungi banyak toksin.

8. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk membaiki dan memulihkan sel kulit. Ketika tidur, tubuh anda sedang melakukan pelbagai proses ‘pemulihan’. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam dan kosongkan fikiran sebelum tidur.