Solekan Natural Di Pagi Raya

Ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, golongan wanita pasti ingin kelihatan cantik dan berseri-seri.

Apa kata cuba solekan natural untuk tampil lebih ayu dan menawan pada lebaran ini.

8 tips solekan ini akan membuatkan wajah anda kelihatan glowing semula jadi sepanjang hari.

 

Langkah 1: Wajah Mesti Bersih

Sebelum pakai sebarang makeup, pastikan wajah anda dalam keadaan bersih. Gunakan pembersih wajah, toner dan pelembab.

Langkah 2: Foundation

Pilihlah foundation senada dengan warna kulit atau satu tingkat lebih gelap daripada warna kulit foundation yang dipilih ebih terang, make-up tidak akan kelihatan natural.

Langkah 3: Bedak

Anda disarankan menggunakan span ketika memakai bedak. Kalau Korea ni, biasanya yang terkenal BB Cream la kan. Tetapi ingat, jangan pakai teba-tebal ye.

Langkah 4: Eyeshadow

Pastikan anda memakai eyeshadow dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ mengikut benjolan mata. Hindari menyapu eye shadow secara langsung. Cuba jarak eyeshadow dan kening, gunakan teknik highlight agar make-up nampak lebih natural.

Langkah 5: Pemerah pipi

Lakukanlah penggunaan pemerah pipi atau blush on dengan sedikit tersenyum. Jika anda berkulit gelap, pilihlah warna blush on sedikit terang. Untuk kulit putih boleh menggunakan semua warna. Sesuaikan dengan make-up natural.

Langkah 6: Eyeliner

Mulakan penggunaan eyeliner di bahagian atas, mulakan dari arah dalam ditarik ke arah luar sesuai dengan pertumbuhan bulu mata. Untuk bahagian bawah mulakan dari arah luar tarik ke dalam. Gunakan eyeliner yang gel atau pensil kerana ia lebih mudah.

Langkah 7: Kening

Bagi anda yang memiliki kening tebal memadai anda merapikannya dengan menggunakan sikat kening. Bagi kening yang nipis boleh dibentuk dengan membingkainya. Mulakan dari tepi hidung sampai ke pangkal kening. Kemudian dari kelopak hidung, tegak lurus ke pangkal kening hingga ke sudut bola mata luar. Setelah itu, baru bingkai kening lalu tolak ke luar menggunakan pensil kening.

Langkah 8: Lipstick

Pilihlah lipstick yang sesuai dengan makeup natural. Sebaiknya untuk lebih kelihatan natural, pilih warna pink dan bersesuaian.

Pastikan kulit anda bebas dari segala jerawat, parut atau jeragat yang tak diingini. Sebab nak make-up natural pun tak menjadi nanti. Tapi kalau kulit bersih, letak bedak sikit-sikit pun dah nampak cantik glowing ala-ala Korea gitu.

 

Jangan lupa dapatkan set makeup Nurraysa untuk kulit tampak glowing dan flawless. Boleh dapatkan di website kami.