RAMAI ORANG TAK TAHU APA SEBENARNYA KRIM YANG KITA PAKAI SETIAP HARI TU? WAJIB BACA..

Memilih produk skincare yang paling sesuai dengan kulit sangat penting terutamanya dalam pemilihan produk kosmetik! Yelaa, bayangkan kalau kita tersilap pilih..? Terutamanya dalam pemilihan bedak, foundation mahupun krim wajah! Rasa rasa nampak kelabu asap tak bila kita salah pilih foundation?? Ada pulak tu bila kita pakai krim sekian sekian terus makin berminyak pulak muka kita ni! Ada pulak tu, macam tak pakai pakai apa pun sampaikan parut parut jerawat jeragat kita semua still tak dapat nak cover.. Lepastu mula lah nak salahkan produk tu sebabnya tak kena dengan muka kita lah apa lah walhal salah kita sendiri sebab main hentam je..

So, harini admin nak share sikit tentang BB Cream, CC Cream dan DD Cream dekat uolls! Admin yakin uolls semua dah familiar dengan perkataan BB, CC dengan DD ni..Mostly jenis jenis krim ni kita boleh jumpa dekat drugstore kan?? Tapi seberapa jauhkah knowledge uolls tentang jenis jenis krim ni???

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu apa ke bendanya BB, CC dengan DD Cream sebenarnya ni.. Tahu pakai je kan?? Asalkan ada promote dekat tv, kasi on jela! Nampak macam ok je model tu pakai kan kan kan..?? Haa, so jom kita kaji selidik sikit apa kebenda lah BB, CC dan DD Cream ni ya! 😉

 

#1 BB CREAM
BB Cream adalah singkatan dari Blemish Balm atau Beauty Balm. Lazimnya ia lebih ringan daripada foundation dan moisturizer yang membuatkan kulit jadi lebih cerah dan bersih. Dengan bantuan SPF dan antioksidan, BB Cream sekaligus elok di pakai pada waktu siang ya! Bila kita pakai BB Cream, so dah tak perlu campur lagi dengan pelembap, kerana di dalamnya sudah terkandungnya moisturizer! Ia sebenarnya boleh menampakkan hasil kulit yang lebih segar, dan membuat tekstur kulit kita kelihatan lebih lembut tau.. Oleh kerana tekstur BB Cream tidak seberat foundation, jadi ia tidak terlalu berminyak dan tidak menyebabkan masalah jerawat pada kulit! Secara ringkasnya, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan sebagai makeup base atau alas mekap setiap hari!

 

#2 CC CREAM
CC Cream atau dikenali sebagai Color Corrector yang mana tekstur CC Cream lebih ringan daripada BB Cream! Malah, CC Cream lebih coverage berbanding BB Cream yang mana ia lebih menfokuskan kepada pembetulan warna kulit. Jadi ia sesuai untuk kulit wajah uolls yang agak kemerahan atau warna kulit yang terlalu pucat. Selain itu, jika uolls mengalami masalah kulit wajah yang berjerawat, kulit wajah yang kusam, dan yang mengalami bintik bintik hitam, uolls boleh cuba pakai CC Cream yang mana ia boleh cover wajah uolls dengan jayanya! Secara keseluruhan, CC Cream ni sesuai untuk uolls yang mengalami kulit wajah yang berminyak, normal serta juga kombinasi okay 😉

 

#3 DD CREAM

DD pula dikenali sebagai Daily Defense, Double Defense atau Dynamic Do-All yang mana ia adalah gabungan BB dan CC Cream. Wow, best kan?? Dan teksturnya lebih ringan berbanding BB dan CC Cream walaupun ia adalah gabungan kedua duanya! Dah, jangan nak berkerut kerut sangat dahi tu! Ingat admin tak nampak ke?? Hehe.. So, kita teruskan lagi! Secara amnya, DD Cream berfungsi untuk memberi perlindungan kepada kulit kita tau! Bukan itu sahaja DD Cream juga boleh melindungi kelembapan kulit dan meratakan tona kulit wajah kita lebih cerahdan sekata.. Malah, DD Cream juga mengandungi bahan anti penuaan dan lebih menfokuskan kepada ketahanan kulit wajah kita ya..Teksturnya berkrim yang hampir menyerupai BB Cream yang mana ia sangat baik untuk melembapkan kulit uolls.

Kalau uolls tercari cari produk yang dah lengkap sekali foundation + concealer + powder boleh cuba Glowing DD Moist Cake ya! Yang mana ia sesuai untuk jenis kulit tau! Walaupun uolls jenis kulit yang berpeluh dan berminyak ia tidak akan menampakkan mekap uolls bercapuk okay.. Makin berpeluh, makin glowing uolls!  Best kan? Dah takde alasan lagi kalau uolls tak sempat nak bersiap ya! 😉

Jadi, admin harap dengan sedikit perkongsian pada kali ini dapat meleraikan segala persoalan dibenak uolls semua.. Kesimpulan, sebelum uolls decide nak beli atau pakai apa jua produk kosmestik mahupun produk penjagaan wajah, makes sure kenalpasti telebih dahulu jenis kulit wajah uolls dan apa yang sebenarnya kulit uolls perlukan! Cari produk yang sesuai dan ngam untuk kulit uolls ye.. Jika uolls ada sebarang pertanyaan atau kemusyiklan boleh je terus comment dekat ruangan bawah ni ya!