BOLEH CAM DRAMA QUEEN HANYA MELALUI BIBIR??


Setiap orang mempunyai daya penarik tersendiri dan wanita lazimnya lebih menyerlah jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini kerana, personaliti kita sering sahaja diukur daripada fizikal. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”. So, bibir juga dikatakan boleh mencerminkan personaliti diri tau! Haa, lepasni boleh cam cik DRAMA QUEEN kan kan? So, jom kita cari mana satu bibir uolls okay..

#1 BIBIR ATAS DAN BAWAH SAMA SAIZ (BIASA)

Dikatakan mempunyai kelebihan mendengar dengan baik! Lazimnya boleh ambil kritikan dengan baik serta boleh menghormati pandangan orang lain! Malah, mereka juga suka ketawa dan kelakar orangnya. Selain itu, apabila bergaduh atau terlibat dengan salah faham, uolls biasanya akan memilih untuk berundur diri daripada terjebak dengan sebarang drama. So, bukan DRAMA QUEEN la ya! Hehe

#2 BIBIR PENUH & TEBAL

Haa, mereka yang memiliki jenis bibir yang penuh serta tebal dikatakan suka penting orang lain daripada diri sendiri! Wah, caring gituuu.. Sweetnya! Jika uolls memiliki bibir penuh semula jadi seperti Angelina Jolie, uolls dikatakan sering dipengaruhi dengan sifat mengasihani yang mana sangat menghargai sesebuah hubungan yang dijalin dengan orang sekeliling!

#3 BIBIR NIPIS

Mereka yang memiliki bibir nipis seperti Kate Middleton dikatakan seorang yang berdikari! Golongan ini juga dikatakan biasa menyendiri ketika keluar ke mana mana.. Tapi! Jenis yang pandai bergaul tau walaupun suka menyendiri.. Kata pakar lagi, mereka berbibir nipis ini agak kurang pengetahuan dalam hubungan yang mana sukar untuk serasikan diri dengan pasangan.. Tapi itu tak bermakna uolls yang tergolong dalam bibir nipis ni langsung tak tahu menghargai cinta.

#4 BIBIR BAWAH TEBAL DARI BIBIR ATAS

Mereka dikatakan tidak dilahirkan untuk kerja di office! Kebanyakkan mereka yang memiliki bibir jenis ini sukakan sesuatu yang BARU.. wow! Mereka juga dikatakan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta bersifat terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru! Uolls yang jenis bibir bawah tebal dari yang atas juga dikatakan seorang yang pemurah yang mana suka memberi..

#5 BIBIR ATAS TEBAL DARI BIBIR BAWAH

Menurut fakta, mereka tergolong dari golongan orang yang paling suka bercakap!Opps.. Uolls uga jenis yang sangat peramah dan tak kekok langsung berkomunikasi dengan orang lain walaupun orang yang baru sahaja kenal! Caya lah.. Mereka yang memiliki bibir jenis ini dikatakan seorang yang periang dan tidak mudah marah. Happy go lucky gitu! Kalau nak tahu, golongan bibir inilah DRAMA QUEEN!  Yang mana beremosi dan suka mendapat perhatian orang sekeliling..

#6 ADA RUANG LEKUK DI ATAS(CUPID’S BOW)

Biasanya mereka ang mempunyai bibir seperti ini dilabel sebagai seorang yang kreatif, bijak berkomunikasi serta memiliki pemikiran yang cekap! Wow..! Akan tetapi kadangkala uolls kamu terlalu dikongkong oleh emosi menyebabkan kata-kata uolls boleh menyakiti hati orang lain. Betul ke idok?

#7 MUNGIL

Mereka yang memiliki bibir mungil dikatakan sering mendahulukan diri sendiri lebih dari segalanya..Sayangkan diri bukan sebab pentingkan diri tetapi kerana tahu menghargai diri sendiri tu adalah lebih besar nilainya. Macam lagu Fazura laa“Sayangi Dirimu”.. Kalau bukan kita sayang diri kita siapa lagi kan…

So, jom check bibir masing masing ya! Walaupun ada kelemahan mahupun kekurangan pada setiap personaliti dalam diri uolls, jangan cepat down ya! Jadikan kekurangan atau kelemahan dalam diri uolls sebagai pembakar semangat untuk berubah lebih baik okay.. Silakan share ke ruangan wall uolls dan apa kata tag kekawan uolls yang ada ciri ciri bibir macamni ya! Hehe