Puncak kerisauan seorang wanita adalah apabila berlaku perubahan berat badan yang mendadak selepas bersalin. Sewaktu mengandung, isu ini tidak dibahaskan secara panjang lebar dengan harapan, berat badan “kembali IDEAL” selepas bersalin.
Benar, berat badan akan mula berkurangan usai proses kelahiran bayi, namun, dalam tempoh anda ‘pasang badan’ sewaktu pantang itu, ada satu lagi fasa bahaya iaitu selepas berpantang.
Untuk Founder Nurraysa sendiri, 44 hari merupakan “magic number” yang beliau perlukan untuk turun sebanyak 12 kilogram dengan cara paling mudah.
“Saya nekad lepas bersalin anak ke lima ni saya mesti kuruskan badan. Kenapa saya nak kurus? Saya seorang wanita bekerjaya dan memerlukan pergerakan yang banyak untuk uruskan syarikat yang saya bina. Bila saya berbadan besar menjadikan aktiviti saya terbatas dan mudah penat. Jadi ketika tempoh berpantang, saya memang amalkan tips untuk kuruskan badan”
Ikuti pengalaman Puan Nur Aini Zolkepeli sendiri dalam usaha beliau mencabar diri untuk tampil kurus dalam tempoh berpantang.
TIPS PENJAGAAN DALAM PANTANG UNTUK KURUS & SIHAT dari IBU ANAK-5
#1 Bertungku 2x sehari sehingga 44 hari.
➡ Pagi dan malam di kawasan peranakan, perut , betis, belakang dan seluruh badan.
➡ Bagi melancarkan darah, kecutkan peranakan.
➡ Badan semakin slim dan tidak menggeleber.
#2 Berurut
➡ Boleh melegakan rasa sakit di tubuh badan semasa mengandung dan bersalin.
#3 Memakai bengkung bertali zip zap
(tidak digalakkan bengkung moden, corset) sehingga 44 hari tempoh berpantang. Pakai bengkung bersama losyen sejuk @ panas @ losyen halia.
➡ Kemaskan badan supaya tidah menggeleber dan dapat kembali bentuk badan sebelum bersalin.
➡ Sebelum makan, wajib pakai bengkung dulu bagi mengelakkan perut menjadi buncit.
➡ Mengurangkan makan berlebihan disebabkan pemakaian bengkung perut menjadi kemas.
➡ Memakai bengkung setiap masa walaupun tidur malam kecuali mandi, berurut dan bertungku.
#4 Mandi sebelum jam 6 petang
➡ Mengelakkan pening kepala dan masuk angin.
#5 Tidur dan rehat secukupnya
➡ Untuk kesihatan dan kembali pulih.
#6 Permulaan di awal berpantang, elakkan melakukan kerja berat, kurangkan duduk, hanya baring di tilam
➡ Mengelakkan sakit pinggang.
➡ Mengelakkan peranakan jatuh.
#7 Paling penting : MIRACLE SLIM CHOCO
Apa yang paling utama di sini adalah disiplin dan konsisten dengan apa yang anda lakukan. 80% bermula dari kawalan pemakanan dan 20% adalah senaman. Jom sama-sama kita mulakan dengan jaga pemakanan. Kurus bukan sekadar untuk cantik, yang paling penting untuk anda kekal aktif dan bina keyakinan dalam diri anda,
Bila anda kekal aktif, lebih mudah untuk anda uruskan anak-anak dan rumah tangga, serta secara tak langsung, anda dah “NYAH-KAH’ penyakit dari mendekati anda.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi bagi anda di luar sana yang berazam untuk turunkan berat badan.
“Saya boleh, anda pasti boleh!”