Bermula pada usia 20 tahun dengan modal RM500 pinjaman dari suami, Nur Aini Zolkepeli mengorak langkah pemulanya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tapi ketika itu dia hanya menjual rumpai laut menerusi Facebook.
“Saya tengok di Facebook, ramai yang jual rumpai laut, saya terus beli tiga bungkus untuk kegunaan sendiri. Alhamdulillah, bagus. Terfikir pula nak jual.
“Waktu tu memang tak ada sesiapa pun ajar (berniaga), saya hentam sendiri sahaja. Saya mulakan bisness dengan modal RM500 pinjam duit gaji suami. Dari situlah kisah bermula.”, jelas Nur Aini.
Nur Aini berkata, beberapa bulan selepas itu perniagaan rumpainya semakini berkembang maju, sehinggalah satu masa pasaran rumpai ini mula jatuh.
“Beberapa bulan lepas tu, market rumpai laut semakin jatuh, persaingan harga, daripada rm100 sekilo, ade yang jual sampai rm25 sekilo.
“Bila permintaan rumpai laut semakin menurun, saya tengok ramai pula buat sabun rumpai laut di Facebook saya pun puas berfikir, macam mana nak buat sabun.
“Saya survey mana-mana kilang yang buat, tapi memerlukan modal belas-belas ribu, waktu tu belas-belas ribu dah besar bagi saya, tiba-tiba Allah datangkan seseorang bantu saya ajar macam mana buat sabun. Alhamdulillah tercipta lah sabun Nurraysa.” kata Nur Aini menceritakan permulaan empayar bisnesnya.
Bermula dari situ, Nur Aini mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan. Dan ketika ini jualah pelbagai ujian yang datang menimpa beliau sehinggakan beliau terpaksa berhenti seketika bisnes Nurraysa.
“Saya mula di uji dengan pelbagai ujian lepas tu, mungkin nak bagi saya nampak apa itu bisnes, apa yang belum saya buat, apa yang perlu saya buat, Tuhan nak bagi sesuatu yang lebih besar lagi, saya di uji di tahap sampaikan tak ada duit langsung, pernah duit dalam bank, kosong.
“Ujian demi ujian datang, akhirnya bulan Mac 2014, saya ade mesej seorang jutawan muda di Facebook, saya minta kongsi tips-tips yang dia buat. Tapi dia bagi satu tips sahaja. Nak tahu apa tips yg beliau kongsikan? Tips itulah yang saya amalkan, dan selepas itu, hidup saya mula berubah balik sehingga sekarang.
“Tips jutawan muda tu share kat saya, satu je dia bagi, katanya, ‘amalkan sedekah setiap hari selama sebulan’
“Esoknya saya terus buat. Ajaibnya tak sampai 2 minggu, hidup saya mula berubah, banyak Allah tunjukkan jalan-jalan, buat apa-apa pun mudah je… Allah kenalkan dengan orang hebat-hebat. Subhanallah,” cerita Nur Aini.
Selepas itu, Nur Aini mula menceburi bisnes dengan lebih serius dan mula menghadiri pelbagai kursus untuk keusahawanan. Dia juga memulakan kembali bisnes Nurraysa.
Hasil dari kecekalan Nur Aini, bisnesnya kini mempunyai lebih 4,000 ajen dan stokis. Malah, dia juga mampu menjana penjualan melebihi RM 1 juta untuk sebulan. Kisah menarik Nur Aini ini juga telah dikongsikan oleh media-media cetak dan televisyen.
“Alhamdulillah kini jualan sebulan dah berjuta-juta, dah keluar iklan di TV3 setiap hari, iklan di radio THR & IKIM setiap hari, talkshow di TV Al-Hijrah setiap minggu pada hari Khamis dan Jumaat, dan WHI, billboard dah pasang 123 buah di seluruh semenanjung malaysia.
Lebih dari itu, Nur Aini juga menyatakan bahawa berbelas-belas stokis besarnya berjaya menjana jutaan ringgit setahun hasil penjualan Nurraysa.
Biarpun sudah berada di tahap berjaya, Nur Aini tidak lupa daratnya dan terus membantu usahawan-usahawan di luar sana yang masih dalam proses mencuba untuk berniaga. Di laman Facebooknya, Nur Aini selalu berkongsi tips-tips perniagaan dan juga cerita kejayaan bagi menaikkan semangat usahawan-usahawan muda.