Nurraysa Radio Interview

Suri rumah raih lebih RM2 juta sebagai pengedar Nurraysa

Syazwani Abdul Hamid Nurraysa Radio Interview

STOKIS Nurraysa, Syazwani Abdul Hamid, 33, berkongsikan kisah suka dukanya sebelum bergelar jutawan sebagai pengedar produk perniagaan atas talian itu.

Syazwani berkata, mengimbas kembali, dia yang mempunyai kelulusan dalam bidang sarjana Pengajian Islam di sebuah universiti tempatan, terpaksa membuat keputusan besar dalam hidup dengan menjadi suri rumah dan menjaga anak.

Katanya, lebih malang apabila majikan tempat kerja suaminya juga pernah tidak membayar gaji berbulan-bulan kerana pelbagai masalah tak terduga.

“Desakan dan ujian hidup yang bertamu membuatkan saya dan suami jadi buntu serta hilang arah. Suami saya sendiri pernah bekerja tanpa gaji.

“Kami pernah nekad membuat keputusan untuk menggadai kereta untuk ‘survive’. Ditambah dengan kos hidup yang melonjak naik, banyak tuntutan itu ini kena dilunaskan.

“Bukan setakat kereta saja digadai, barang kemas yang dibeli waktu kami bernikah pun terpaksa dipajak. Satu keputusan drastik yang saya sendiri tak jangka akan buat. Tambah pula membabitkan ‘harta’ yang ada nilai sentimental,” katanya.

Syazwani dan suaminya turut berasa malu dengan ibu bapa masing-masing kerana tidak mampu menghulurkan duit belanja.

Menurutnya, kehidupannya berubah sekitar 2017, apabila bertemu teman satu universiti yang kebetulan menjadi pengedar Nurraysa, namun niatnya berniaga dengan jenama itu ditentang hebat keluarga pada mulanya.

“Ibu bapa mana tak sedih dan kecewa anak mereka belajar tinggi, alih-alih jadi suri rumah dan memilih berniaga dalam talian. Memang niat saya itu dibantah hebat ibu bapa.

“Tapi saya berjaya mengubah skeptikal dirasai ibu bapa. Saya berjaya buktikan dengan berniaga dalam talian juga boleh berjaya jika kena percaturannya.

“Bermula berniaga di rumah mak mentua di dalam sebuah bilik kecil, saya seperti bertatih. Malah saya terpaksa meminjam duit RM400 daripada suami untuk modal permulaan,” katanya.

Susulan itu, Syazwani berkata, dia seperti beroleh semangat baharu untuk menaikkan taraf hidup dengan menjadi dropship jenama berkenaan.

“Saya bersemangat mengikuti latihan dianjurkan ibu pejabat Nurraysa. Pengasas jenama itu,
Nur Aini Zolkepeli juga sentiasa positif memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara rapat dari belakang.

“Sejak konsisten, tak perlu jadi pengasas produk atau memiliki perniagaan sendiri pun boleh kaya dengan jenama ini. Jadi saya menyeru semua di luar sana sertailah dropship Nurraysa tanpa modal untuk masa depan lebih baik,” katanya.

Syazwani kini berjaya mengumpul jualan sebanyak RM2,841,922.40 pada tahun ini. – Malaysiapost