ANDA PERLU TAHU 7 TEKNIK MEMAKAI MASKARA INI !
TEKNIK NO. 3 MEMBUATKAN BULU MATA PANJANG & LENTIK
Maskara merupakan antara solekan yang wajib bagi seorang wanita. Dengan maskara membolehkan mata yang kuyu nampak lebih memukau. Gaya atau teknik pemakaian maskara juga bergantung bagi setiap individu, ada yang ingin nampak natural dan ada juga yang inginkan pemakaian maskara sehingga tebal dramatis. sikat yang mampu melentikkan, memanjangkan, menebalkan hingga merawat bulu mata.
Pemakaian maskara adalah proses terakhir dalam bermake-up pada bahagian mata. Jadi aplikasikan seluruh make up dari pelembab, bedak, eyeshadow, eyeliner, blush on sebelum anda menyikat atau memperkemaskan bulu mata dengan maskara. Tahukah anda, pemakaian maskara dengan teknik yang salah boleh membuatkan penampilan anda tidak sempurna? Jadi, jom ikuti 7 teknik memakai maskara yang perlu anda tahu di bawah ini.
#TIPS 1
- Mahukan hasil yang superb cantik ? Sapuan maskara perlu bermula dari akar bulu mata, bukan dari pertengahan bulu mata. Tekankan seketika berus maskara di akarnya sebelum dileret pada sepanjang bulu mata tersebut.
#TIPS 2
- Sebolehnya elakkan mencuba maskara di kedai-kedai kosmetik di luar. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria terhadap mata anda kerana amskara tersebut telah digunakan oleh orang ramai. Uji saja keberkesanan maskara pada sesikat, fiber dan dakwatnya.
#TIPS 3
- Teknik spauan zig-zag yang selalu disarankan adalah bertujuan untuk menceraikan helaian bulu mata agar ia kelihatan mekar. Namun, bagi kamu yang sukakan lentikan sekata tanpa jarak sehelai-sehelai, anda boleh abaikan teknik tersebut dengan menyapu sehala sahaja.
#TIPS 4
- Bagi mengatasi masalah gumpalan pada masakara, selepas apply maskara pada bulu mata anda, bersihkan berus maskara dengan tisu.
#TIPS 5
- Maskara boleh disapukan seberapa tebal yang anda mahukan sehingga anda memperolehi hasil yang diingini tetapi dengan syarat, setiap sekali sapun, berhenti dahulu tunggu sehingga bulu mata anda kering dari dakwatnya dan kemudian applykannya buat kali ke dua dan teruskan sapuan seterusnya. Teknik ini boleh membuatkan bulu mata anda nampak lebih panjang dan lentik.
#TIPS 6
- Jangan takut untuk menggunakan lebih daripada sebatang maskara berbeza. Setiap maskara mempunyai fungsi yang sama untuk melebatkan, melentikkan atau menebalkannya. Mungkin anda boleh mulakan maskara dengan menggunakan maskara yang fungsinya melebatkan kemudian diikuti dengan maskara yang fungsinya melentikkan.
#TIPS 7
- Jika jari-jemari anda tidak selembut jari profesional, lapikkan tisu di bawah mata jika mahu menyapukan maskara pada bulu mata bawah. Ia lebih baik daripada terpaksa membersihkan semula dakwat maskara yang tercalit pada muka anda sewaktu memakainya.
Sebelum admin akhiri entry hari ini, admin nak suggest sikit untuk anda antara maskara yang best sekali kalau nak pakai iaitu PERFECT LONG LASH MASCARA. Best sangat tau, mudah nak pakai. Bukan tu je, kalau tercomot ke masa pakai pun, nak hilangkan atau nak bersihkan sangatlah mudah, just swipe je dengan tisu basah dah boleh hilang. So, tunggu apa lagi jom dapatkan maskara Nurraysa sekarang dengan pengedar yang terdekat di kawasan anda !
Sumber: inTrend