Apa Itu Jeragat & Punca Ianya Terjadi?

APA ITU JERAGAT & PUNCA IANYA TERJADI?

 

Ada juga sebahagian daripada anda memikirkan masalah untuk mengatasi masalah jeragat ni kan? Adakah jeragat ini berbahaya ? Jawapannya tidak. Namun, tidak dapat dinafikan setiap orang akan mengalami masalah jeragat ini. Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologi dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu. Walaupun tidak berbahaya tetapi admin boleh rasakan masalah jeragat ini boleh mengganggu diri seseorang sehingga membuatkan ianya bingung dalam memikirkan jalan penyelesainnya untuk sembuh. Oleh itu, penjagaan kulit secara rutin dan konsisten sangatlah penting untuk anda semua mengekalkan kesihatan dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.

 

 

APA ITU JERAGAT? 

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

 

PUNCA JERAGAT BERLAKU

 

#1 TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI 

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV). Sinaran UV terdiri daripada tiga jenis :

Ultraviolet A – Cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit atas dengan mudah. Cahaya UV A akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambubg seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat dan yang lebih teruk kanser kulit.

Ultraviolet B – Cahaya ini adalah kurang berbanding UV A kerana UV B kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozon. Cahaya UV B ini akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn.

Ultraviolet C – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit. Tetapi jangan risau kerana cahaya ini tidak sampai ke bumi disebabkan diserap oleh lapisan ozon.

 

 

#2 PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.

 

#3 PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.

 

#4 FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.

 

Memandangkan sekarang ni ramai yang bekerjaya, mungkin ingin gunkan petua-petua untuk hilangkan jeragat ambil masa. Jadi, semuanya mencari produk yang dapat mengatasi masalah ini. Dengan itu, admin syor kan kepada anda semua gunakalah set jeragat daripada produk kami iaitu Collagen Soap dan juga Argan Moisturizer. InsyaAllah berkesan dan selamat digunakan bagi anda yang mengalami masalah jeragat.

 

Jika ingin tahu 6 tips untuk hilangkan jeragat, baca artikel ini.