Bibir Hitam??Ikuti 5 Tips Untuk Meremajakan Kembali Bibir Anda

Bibir yang mungil bak Angelina Jolie menjadi impian setiap wanita sehingga ada yang sanggup berhabis beribu ribu ringgit untuk miliki bibir yang mungil lagi merah bak delima gituuu..!?
.
Namun, gaya hidup serta cara pemakanan yang tidak seimbang dan penggunaan kosmetik yang salah telah menyebabkan warna bibir menjadi hitam!! Ya rabbi, sampai ada yang malu nak berhadapan dengan orang ramai..
.
Jadi, admin nak share sikit antara tips yang uolls boleh amalkan untuk kasi bibir uolls “pinkish pinkish” semula ya!

 

#1 KURANGKAN PENGAMBILAN KOPI/KAFEIN

Pengambilan kopi atau teh secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan bibir uolls bertukar jadi hitam malah gigi boleh menjadi kuning tau! No no! Dah lah bibir hitam, gigi pulak kuning.. Boleh bayang tak macamana perasaan orang sekeliling? Haa.. Jadi, make sure uolls kurangkan pengambilan kopi/kafein dan juga teh setiap hari ya!

 

#2 HINDARKAN DARIPADA SINARAN MATAHARI

Haa, uolls ingat kulit yang kita kena protect daripada terik matahari?? Bibir kita pun sebenarnya kita kena lindungi tau sebab bibir kita pun mengandungi pigmen melanin. So, bila terlalu kerap terkena terik matahari ia juga akan menyebabkan perubahan warna pada bibir kita ya. Pastikan seblum keluar rumah, uolls sapu terlepas dahulu bibir uolls dengan produk penjagaan bibir okay?

#3 MINUM AIR SECUKUPNYA
Sama seperti kulit wajah kita,pengambilan air masak secukupnya sangat penting untuk memastikan kulit wajah lebih lembap dan cantik! Bayangkan bila kita kurang minum air, sudah tentu kulit wajah kita akan kering dan kusam.. Begitu juga dengan bibir kita! Yang mana ia boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam..
.
Uolls juga boleh amalkan pengambilan air masak berdasarkan berat badan uolls ya! Untuk setiap 1 liter bersamaan berat badan 25kg.. So, kalau berat badan uolls dalam linkungan 50kg , dalam 2 liter je sehari yang uolls perlu amalkan untuk kekalkan kelembapan pada bibir uolls tu..

#4 SKRUB BIBIR
Jom manjakan bibir uolls dengan lakukan skrub di bibir! Bukan kulit je nak manja manja kan? Bibir pun nak juga diberikan penjagaan rapi untuk kekal cantik dan lembap..! Bila kita lakukan skrub di bibir kita ia dapat membuang sel-sel mati yang rosak atau kering di bibir kita sekaligus dapat mencantikkan bibir uolls semua.. So, antara cara yang boleh digunakan untuk skrub bibir kesayangan uolls tu just letak sedikit Vaseline pada berus gigi dan berus perlahan-lahan pada bibir uolls tu..

#5 PERIKSA LIPSTICK YANG DIGUNA
Mesti berdebar debar kan bila admin uolls suruh periksa semua lipstick yang uolls gunakan tu.. Bukan apa, kadang kadang kita terlepas pandang tentang kandungan dalam kosmetik yang mana boleh memudaratkan pada kita dalam tak sedar.. Jadi uolls perlu periksa terlebih dahulu dan pastikan lipstick tersebut TIADA PLUMBUM yang mana ia adalah salah satu punca bibir kita menjadi hitam! Sebagai contoh, Magic Lipstick With Marula Oil dari Nurraysa terbukti TANPA PLUMBUM yang mana ia tidak akan menghitamkan bibir serta dalam masa yang sama ia merawat bibir uolls dan mampu melembapkan bibir uolls tau! Warnanya pun sangat neutral yang mana ia akan berubah mengikut  nilai PH kulit bibir uolls serta suhu persekitaran! ?

Haa acane? Mudah ke mudah sangat nak bibir kembali “pinkish pinkish” Haa janganlah baca aje! Cer parking post ni dekat wall korang tuu..Cer share or save sekali tips nie.. senang sikit nak refer nanti time nak buat..hihi 🙂