cara pakai liquid foundation nurraysa

Cara Pakai Liquid Foundation

10 Cara Pakai Liquid Foundation Supaya Tidak Bercapuk!

  1. Langkah pertama cara pakai liquid foundation yang harus anda lakukan adalah memilih warna liquid foundation yang bersesuaian dengan warna kulit wajah anda agar tidak nampak terlalu berbeza.
  2. Sebelum mengaplikasikannya, cuci wajah anda terlebih dahulu agar kotoran tidak melekat dengan foundation.
  3. Setelah mencuci wajah, sapu pelembab terlebih dahulu agar kulit lebih halus, serta foundation yang digunakan akan melekat dengan sempurna.
  4. Kemudian, picit liquid foundation ke pergelangan tangan anda. Anda disarankan pakai hanya 1 titik liquid foundation untuk mendapat kesan yang “just nice“. Tetapi, terpulang pada anda jika anda ingin memakai dalam kuantiti yang berbeza, tapi ingat! jangan terlalu banyak kerana ia akan nampak tebal dan mengelopong macam opera cina!
  5. Selanjutnya, cara pakai liquid foundation dengan teknik yang betul adalah dengan menggunakan beauty blender. Sapukan beauty blender tersebut pada liquid foundation yang ada di pergelangan tangan anda. Lalu, sapu liquid foundation yang sudah melekat pada beauty blender ke semua bahagian wajah dengan membuat titik-titik diwajah seperti, pipi, hidung, dagu dan lainnya menggunakan liquid foundation.
  6. Untuk meratakannya, amat digalakkan bermula dari hidung. Dap-dap beauty blender tersebut sehingga ke pipi dan seluruh wajah. Ulang cara ini untuk bahagian-bahagian wajah yang lain juga.
  7. Liquid foundation yang tersisa pada beauty blender tersebut boleh disapu sampai ke bibir dan atas mulut anda.
  8. Sapukan juga pada dahi yang ada anak rambut, kemudian ratakan dengan sempurna.
  9. Gerakan kembali beauty blender, ke arah rahang agar foundation lebih merata serta warnanya hampir sama dengan wajah anda. Jika anda memakai liquid foundation dengan warna yang lebih terang @ berbeza dengan wajah anda, jangan lupa sapukan foundation ke leher dan telinga.
  10. Langkah terakhir cara pakai liquid foundation adalah finishes. Sapukan powder untuk tampak rata dan lebih berseri. Anda juga boleh tambah barangan makeup lain seperti lipstick, eye shadow, blusher dan sebagainya sejurus memakai liquid foundation dan powder.

Itulah cara pakai liquid foundation Nurraysa dengan teknik yang betul. Selamat mencuba!

Jom dapatkan Exclusive Perfect Glow Foundation With Jojoba Oil yang boleh membuatkan wajah anda tampak lebih flawless dan berkeyakinan.

Anda berminat nak cuba?

Klik butang “ORDER SEKARANG di bawah untuk hubungi kami.

cara pakai liquid foundation