Atasi Tekanan Darah Rendah Dengan Makanan

Tekanan darah rendah yang juga dipanggil hipotensi merupakan suatu keadaan di mana tekanan darah seseorang turun di bawah paras normal.

Seseorang yang mengalami tekanan darah rendah biasanya akan kerap berasa pening, rasa nak pitam, penglihatan kurang jelas nampak seperti samar-samar, cepat penat, mual dan boleh pengsan. Ada banyak faktor luaran yang menjadi penyebab tekanan darah anda menjadi rendah. Antaranya ialah dehidrasi(kekurangan cecair tubuh) yang disebabkan kerana kurang minum air putih, diare, muntah, anemia, pengguna ubat-ubatan secara berlebihan(pil kurus), anemia dan sebagainya.

Berikut beberapa cara untuk merawat penyakit tekanan darah rendah secara semulajadi.

Minum Air Putih/Masak

Jumlah cecair yang berkurangan di tubuh boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Salah satu untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pengambilan air putih/masak pada setiap hari, paling kurang lapan atau 10 gelas sehari.

Bayam

Sayur bayam kaya dengan kalium dan rendah sodium. Mineral yang seimbang pada bayam ini sangat berguna untuk tekanan darah rendah. Selain itu, folik pada bayam juga dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melemaskan pembuluh darah sehingga pengaliran darah menjadi lebih lancar.

Daging & Hati Ayam

Daging ayam mengandungi protein haiwan yang dipercayai boleh meningkatkan tekanan darah. Disebabkan tubuh memerlukan protein untuk membangun sel termasuk juga sel dalam darah.

Jus Lobak Merah

Selain kaya dengan vitamin A, lobak juga boleh meningkatkan perjalanan darah dan mengatur tekanan darah sehingga stabil. Pengambilan jus lobak merah, yang ditambah dengan dua sudu makan maduu ketika perut kosong dua kali sehari mampu mengatasi masalah tekanan darah rendah.

Lemon

Lemon cukup efektif untuk merawat tekanan darah rendah. Antioksidan yang terdapat di dalamnya berguna untuk mengatur perjalanan dan menjaga tekanan darah. Jika ada rasa penat, minumlah segelas air lemon yang telah dicampur dengan sedikit gula dan garam untuk mengawal tekanan darah anda.

Roti, Oatmeal & Bijirin

Ianya menyediakan zat besi sebanyak 20 peratus jika memakannya pada setiap hari. Gandum akan membuat tubuh menjadi lebih sihat dan anda disarankan memasukkannya dalam diet anda. Gandum juga banyak mengandung zat besi untuk mengurangikan risiko terkena tekanan darah rendah.

Garam

Anda yang mengalami tekanan darah rendah disarankan juga untuk menikmati makanan yang banyak mengandungi garam. Garam adalah salah satu zat semulajdi yang boleh menambah kelajuan pengeluaran sel darah merah dan sangat membantu untuk menaikkan tekanan darah.