Makanan kesihatan kaum wanita haruslah lebih berkhasiat agar anda boleh mengekalkan pemakanan seimbang. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang berzat bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang semakin lanjut. 8 jenis makanan ini mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk menjaga kesihatan tubuh wanita. Kalsium, asid lemak Omega 3, antioksidan dan beberapa jenis mineral serta vitamin adalah nutrisi yang tidak boleh dipinggirkan dalam menu makanan wanita pada setiap hari.
1. Protein Soyaย
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Amalkanย untukย mengambilย sekurang โ kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.
2. ย Bijirin ย
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.
3. ย Makananย Tinggiย Folicย
Makanan tinggi kandungan folic yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang โ kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.
4. Jusย Cranberiย
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus cranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa cranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
5. Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.
6. Sayuran hijauย
Sayuran hijauย menyediakanย nutrienย danย seratย yang pentingย untukย badan. Kata orang-orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari.
7.ย Makananย Vitamin C
Buah-buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan parsli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan โ buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan yang dikaitkan dengan penurunan risikoย penyakit jantung kronik.
Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah โ buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang โ kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.
8. Makan Madu Setiap Pagi
Antara fungsi madu terhadap makanan kesihatan wanita dan peranannya adalah:
- Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
- Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dariย serangan anemia.
- Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
- Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
- Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untukย merawat ulser.
- Sumber laxative yang natural dan lembut
- Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
- Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan