Gemuk Air Tidak Wujud Dalam Perubatan

GEMUK AIR TIDAK WUJUD DALAM PERUBATAN

 

Haha, harini kita lari sikit topik kecantikan kita pergi ke topik kesihatan. Perkataan gemuk ni memang sensitif la bagi mereka yang berisi lebih-lebih lagi bagi wanita. Kadang tu tak ada la gemuk sangat pun tapi perasaan sendiri rasa diri dah gemuk. Nak sedapkan hati kata gemuk ni gemuk air. No, no bukan sebab air okay kalau gemuk ni. Hasil pembacaan admin  daripada MedTweet, kalau gemuk terutamanya dekat perut tu adalah lemak sangat tepu.

 

60%-70% berat badan manusia adalah air. Ia terbahagi kepada intracellular (dalam sel-sel) & extracellular (luar sel). Luar sel – intravascular (dalam saluran darah) dan interstitial (antara sel-sel)

 

 

Badan kita ada mekanisme untuk memastikan kadar hidrasi badan adalah elok. Antaranya, buah pinggang kita akan hasilkan urin lebih atau kurang. Kalau hidrasi rendah, urin kita pekat dan kurang. Jika badan ada lebih air, mungkin ada masalah perubatan atau nama penyakit tersebut dipanggil “water retention”. Antara simptom atau gejala dipanggil “oedama”. Air terkumpul dibawah kulit (subcutaneous), biasanya bermula di kaki.

 

Antara sebab yang mungkin merbahaya jika tidak dilakukan rawatan adalah :

  • Kronik kegagalan buah pinggang
  • Lemah jantung (Heart Failure)
  • Penyakit Kronik Hati (Cirrhosis)

 

Jika buah pinggang rosak, penghasilan urin akan jadi kurang. Jadi air berkumpul di dalam badan. Lama-kelamaan akan banjir di dalam paru-paru. Untuk lemah jantung, perjalanan darah tidak dapat dipam dengan elok dan akan terkumpul di dalam paru-paru. Antara sebab-sebab lain water retention adalah :

  • Masalah tiroid
  • Mengandung
  • Ada jenis-jenis ubat
  • Malnutrisi
  • Penyakit kronik paru-paru

 

Tapi macam mana nak tahu punca penyakit ni ? Mestilah jumpa doktor.

 

 

Cara Nak Kuruskan Diri;

TIADA JALAN SINGKAT. Mungkin boleh mula kira kalori makanan anda. Untuk memudahkan anda juga, boleh la anda download apps MyNutriDiari. Selain itu, buatlah senaman, makanlah makanan yang sihat dan seimbang. Apa pun tak apa, jika portion sedikit. Janji kiraan kalori tak terlebih.

 

 

Jadi, kesimpulannya gemuk air tidak wujud. Amalkanlah kehidupan yang sihat supaya tiada lagi gangguan kesihatan daripada pelbagai penyakit.

 

 

 

Sumber: Dr.Rafidah Abdullah