GUNA PETUA INI UNTUK MENGHILANGKAN BATUK & HINGUS BAYI
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentunya risau bila anak tak sihat dengan batuknya, selsema nya. Mesti anak kuat meragam sebabnya tak selesa dengan keadaan yang tak sihat tu.
Jadi, bila anak tak sihat ibu bapa juga kena tempiasnya sebab terpaksa berjaga malam untuk anak. Nak beri ubat satu hal, kadang anak tak suka dia luaknya balik ubat.
Kalau ada diantara anda yang mengahdapi masalah sebegini boleh lah cuba petua tradisional ni dengan merawat anak yang batuk dan selsema dengan menggunakan daun sireh.
Sebelum ni juga admin pernah dengar tentang perkongsian petua ni di facebook dan laman social lain. Ramai yang sudah cuba dan amalkan petua ini telah memberikan feedback yang positif. Keluarga admin sendiri pun pernah cuba petua ni. Alhamdulillah memang sangat membantu.
Nak tahu caranya macam mana jom baca di bawah ni ;
- Layurkan daun sireh yang hendak digunakan pada api lilin/dapur
- Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada dan sehelai lagi boleh diletakkan di belakang badan
- Selepas layur letakkan minyak gamat/balm/vicks pada daun sireh tadi
- Letakkan daun sireh di atas dada dan belakang bayi
Mudah sangat. Kalau nak tahu kalau bayi kembung perut juga boleh gunakan petua ni. Caranya juga hampir sama.
Gunakan daun sireh dan layurkan di atas tudung periuk yang panas dna kemudian sapukan sedikit minyak kelapa atau gamat. Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu diserang angin pasang.
Selamat Mencuba !
Sumber: Petuaibu