Hiasan Kreatif Di Rumah Mampu Bangkitkan Mood


Apa salahnya jika kemasan siling daripada lebihan kayu, botol,berwarna hiasi dinding, penanda waktu guna gambar berbingkai dan pinggan bulat dijadikan penghias dinding.

Orang kata hiasan kreatif di ruang rumah mampu membangkitkan mood, malah menambahkan seri orang yang melihat.

  1. Kemasan siling daripada lebihan kayu – Lebihan kayu kemasan dipasang bertindih-tindih pada keseluruhan permukaan siling. Walaupun nampak pelik tetapi bukankah ianya sesuatu yang kreatif dengan tampilkan sesuatu yang lain daripada biasa.

 

 

 

Botol/Tin hiasi dinding – Ada orang suka menyimpan botol kosong ataupun tin, tetapi tidak tahu apa hendak dibuat dengan barangan terpakai tersebut. Daripada terbiar apa kata diberikan warna pada botol, tin diwarnakan warna-warni ataupun diletakkan bunga dan digantung di dinding sebagai perhiasan.

 

Penanda waktu guna gambar berbingkai – Gambar berbingkai disusun berderet menghiasi dinding adalah perkara biasa. Kali ini jadi kreatif sikit dengan mengikut jarak yang sama mengelilingi jam dengan setiap kepingan mewakili angka waktu. Walau bagaimanapun, pastikan ukuran bingkai adalah sama bagi angka tertentu supaya nampak seragam walaupun dalam kedudukan yang berbeza.

 

Pinggan bulat penghias dinding – Dinding berhias misalnya dengan corak bulatan ataupun ditampal seberapa banyak yang boleh dengan produk berbentuk bulat seperti pinggan. Nampak menarik bukan?