Jom Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat !

JOM AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT !

 

Pada masa kini, ramai yang nak kurus tapi tidak mahu bersenam. Ada juga sebahagiannya yang mengalami pelbagai jenis penyakit kerana antibody badan yang lemah selain tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jadi hari ni admin ingin kongsikan pada anda semua sedikit info ringkas yang anda amalkan dalam kehidupan seharian.

 

 Jom check it out !

 

Asas kepada gaya hidup yang sihat adalah;

 

 

SENTIASA AKTIF & BERSENAM

  • Konsistensi dalam melakukan senaman setiap hari lebih penting. Carilah keseronokan dalam beriadah. Ini kerana jika kita sudah mind set senaman atau riadah adalah sesuatu yang menyeronokkan kita, InsyaAllah kita tidak akan berasa malas dan jadikan ia satu beban yang susah untuk dibuat. Sebaliknya setiap hari kita dapat istiqamah dalam beridah untuk mendapatkan badan yang sihat & otak yang cerdas.

 

DIET YANG SIHAT & SEIMBANG

  • Ramai orang yang salah anggap nak kurus tapi tidak makan. Salah tu. Anda boleh diet tapi perlulah amalkan diet yang seimbang. Rujuk mereka yang pakar sebelum diet. Ambillah makanan yang seimbang kerana ia mengandungi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.

 

 

KURANGKAN TEKANAN (STRESS)

  • Individu yang sentiasa berfikiran & bertindak positif, kurang berisiko menghidap penyakit kardiovaskular. Jadi, sebaiknya jangan terlelu stress dan memberi tekanan kepada diri anda sendiri kerana ia boleh membuatkan kesihatan anda terganggu seterusnya membuatkan kerja harian anda juga tergendala.

 

REHAT & TIDUR YANG CUKUP

  • Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, pastikan tidur secukupnya iaitu selama 6-8 jam. Jika tidak, keesokan harinya badan anda akan berasa lemah dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti.

 

MINUM AIR YANG MENCUKUPI

  • Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Air sangat penting untuk fisiologi tubuh dan mengeluarkan bahan sisa dari tubuh.

 

SENTIASA BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH

  • Bersyukurlah terhadap nikmat kesihatan. Pembangunan rohani merupakan kunci kepada kesihatan fizikal dan mental.

 

Mudah je kan? Jom amalkannya bersama-sama kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat 🙂

 

 

Sumber: Papisma