Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan berasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi. Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani. Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi. Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis, misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya. Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih cergas dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit. Bagi anda yang sangat sibuk pada setiap hari dan tidak ada banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.

Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.

Antara Kebaikan Jika Rajin Melakukan Senaman Pagi