Pentingnya Moisturizer Pada Kulit Wajah

PENTINGNYA MOISTURIZER PADA KULIT WAJAH

 

Moisturizer sangat penting pada kulit wajah. Ia bukan sahaja membantu melembapkan muka sahaja, malah ia dapat membantu merawat kulit, antipenuaan kulit, elakkan daripada dehidrasi pada kulit wajah dan membuatkan kulit wajah tampak bersinar. Kita sedia tahu dengan keadaan cuaca di Malaysia. Begitu juga apabila kita berada di pejabat yang berhawa dingin. Ia boleh membuatkan keadaan kulit wajah kita kering. Pelembap membantu untuk mengekalkan kulit sihat dan mengekalkan keanjalan yang semakin hilang apabila umur kita makin meningkat. Pada asasnya tugas utama moisturizer adalah mengunci kelembapan dalam sel-sel di wajah.

 

Di sini ingin kongsikan beberapa tips atau panduan tentang moisturizer ini:

 

Sapu Moisturizer Selepas Mandi

Jika sesiapa ada masalah kulit yang kering, sapu moisturizer betul-betul selepas naik mandi. Sebab apabila kita selepas mandi, liang roma terbuka dan moisturizer akan diserap dengan lebih mudah.

 

Pilih Moisturizer Yang Mempunyai Aroma Lembut

Jika hendak memilih moisturizer yang bagus, pilih moisturizer yang mempunyai aroma lembut. Kulit terasa best apabila memakainya dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit wajah kita.

 

Pilih Moisturizer Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah

Moisturizer yang berkualiti tidak akan mengakibatkan seperti ada kesan pedih, panas dan rasa terbakar. Di pasaran sekarang ini pun dah banyak jenis moisturizer yang dirumus khas untuk jenis-jenis kulit. Mungkin boleh cuba moisturizer untuk kulit normal ataupun beli moisturizer yang mengikut jenis kulit anda seperti kulit kering, kulit berminyak atau kulit matang.

 

Kulit Yang Berminyak Teruk Perlu Dielakkan Memakai Moisturizer

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak yang teruk atau mudah dinaiki jerawat mungkin harus mengelakkan daripada menggunakan moisturizer.

 

 

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua