Ketahui Manfaat Memakai Krim Malam (Night Cream)

MANFAAT MEMAKAI KRIM MALAM (NIGHT CREAM)

 

Memakai krim malam sebelum tidur dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit dan mendorong pemulihan kulit secara optimal. Tanpa nutrisi yang sesuai dengan keperluan kulit, sudah pasti kulit  wajah anda akan tampak kering dan letih. Mengapa kita harus memakai krim malam? Ia sangat penting kerana ketika malam, kulit akan berehat dan bahan aktif dalam krim malam mudah untuk meresap masuk ke dalam lapisan kulit. Krim malam biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu krim malam sebagai anti penuaan dan krim malam untuk memberi kelembapan pada kulit.

 

  • Krim Malam Sebagai Anti Penuaan

Krim ini lebih dikenali sebagai krim anti-aging dan firming. Krim malam jenis ini biasanya mengandungi kandungan bahan seperti retinol, glycolic acid, asid asetat dan retinil salicyclic. Kesemua bahan ini membantu menyingkirkan kulit mati dan menggantikan dengan kulit yang baru.

Krim malam anti penuaan dapat memelihara kulit dari kedutan dan garis-garis halus. Kulit akan bertambah anjal serta memperbaiki sel kulit yang terkena sinaran matahari pada siang hari.

 

  • Krim Malam Untuk Memberi Kelembapan

Krim malam jenis ini memberikan kelembapan ekstra yang disebut sebagai ‘‘ultra-hydrating’ dan ‘deep nourishing’. Ia membantu memberikan kelembapan kulit secara semulajadi yang telah hilang.

 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam krim malam:

  • Vitamin

Vitamin A memiliki fungsi untuk merangsang kolagen sehingga kulit menjadi lebih kenyal serta merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menggantikan sel-sel kulit mati. Ia juga dapat mengatasi peradangan dan menghalang pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser. Vitamin B pula mengandung antioksidan untuk menjaga kekebalan tubuh, melindungi sel, merangsang pertumbuhan sel, dan bersifat sebagai anti radang.

Vitamin C berguna untuk mencerahkan kulit dan mengatasi permasalahan kulit kusam. Manakala vitamin E berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangi tanda-tanda penuaan.

 

  • Alpha Hydroxyl Acid (Aha)

Selain daripada berfungsi sebagai ejen pengelupasan kulit, ia juga mengandungi ejen melembapkan kulit dan memastikan kulit tidak kering. AHA mengandungi bahan antioksidan yang berguna untuk menghalang radikal bebas serta menjaga system kekebalan tubuh. AHA sering ditemui dalam pembersih wajah dan pencuci wajah.

 

  • Hidrokuinon

Fungsi utama hidrokuinon adalah sebagai bleaching atau pemutih. Hidrokuinon sangat merbahaya pada kulit apabila penggunaan kadarnya berlebihan atau tidak sesuai dengan keperluan kulit. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan produk pemutih yang mempunyai kadar hidrokuinon tinggi serta memberikan kesan dengan cepat.

 

Cara Memakai Krim Malam Yang Tepat:

– Bersihkan wajah terlebih dahulu untuk menyingkirkan minyak dan kotoran supaya krim malam dapat meresap secara maksimum.

– Sapukan 30 minit sebelum  tidur agar ia dapat meresap ke dalam kulit supaya ia tidak meresap pada bantal.

– Disarankan untuk menyapukan krim malam secara nipis dan tidak terlalu tebal. Sapukan secara rata pada seluruh wajah.

– Hindari bahagian tertentu

Terdapat sesetengah bahagian pada wajah yang tidak digalakkan untuk disapu krim malam. Antaranya ialah di bahgian bawah mata, lipatan hidung, sudut bibir dan juga lipatan bawah bibir kerana bahagian tersebut mempunyai kulit yang agak nipis dan mudah mengalami pengelupasan.

– Bersihkan wajah pada setiap pagi

Setelah bangun dari tidur, anda perlu mencuci wajah dan membuang sisa- sisa krim malam agar ia tidak bercampur dengan krim siang yang bakal anda gunakan. Gunakan pembersih atau pencuci wajah.