Paraben Dalam Produk Kosmetik Juga Bahaya !

PARABEN DALAM PRODUK KOSMETIK JUGA BAHAYA !

 

Tahukah anda selain bahan merkuri, paraben yang terdapat dalam produk kosmetik juga bahaya untuk kesihatan diri anda. Ramai yang sibuk, yang peka tentang bahayanya merkuri je sampai terlupa sebenarnya paraben ni juga bahaya. Paraben ni biasanya ada di dalam losyen badan, syampu, sabun, bahan makeup dan sebegainya.  Mungkin ramai juga pernah terdengar tentang paraben ni tapi tidak tahu apakah paraben yang sebenarnya.

 

 

APA ITU PARABEN?

Ianya sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk melawan bakteria dan kulat. Boleh kata hampir semua paraben digunakan adalah dari buatan manusia bukan dari sumber semulajadi. Ianya boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman. Paraben juga merupakan salah satu daripada toksin persekitaran yang dikenali sebagai penganggu hormon.

 

 

PARABEN boleh dikenali dengan beberapa nama :

  • Methylparaben
  • Ethylparaben
  • Propylparaben
  • Butyparaben
  • Isopropylparaben

 

 

BAHAYA PARABEN

  • Paraben ni menyerupai hormon dan sangat mengganggu fungsi sistem endocrine. Ianya menyebabkan kerosakan pada sistem badan macam thyroid, ovary, hypothalamus dan sistem peranakan lelaki.
  • Gangguan kepada hormon thyroid : Sikit-sikit bahan ini akan berkumpul dan merosakkan hormon thyroid korang. Itu jugak penyebab kes thyroid makin meningkat.
  • Menyebabkan kanak-kanak akil baligh sangat awal dari usia
  • Penghasilan estrogen yang tidak normal boleh meransang kanser payudara. Penyerapan paraben ni boleh menggalakkan estrogen yang tidak normal. Ini salah satu alasan besar supaya korang menjauhi produk yang mengandungi paraben.
  • Paraben ni boleh masuk dalam saluran darah tau walaupun sapuan hanya diatas kulit.
  • Kalau kulit korang jenis sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi alergi dan ruam kulit. Banyak sebenarnya produk yang mengatakan selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi paraben.

 

 

 

Tapi dengan adanya produk keluaran Nurraysa, anda tidak perlu risau lagi ! Tiada merkuri mahupun paraben dalam ke semua produk. Diyakini selamat dan juga halal oleh JAKIM. Nak tahu senarai keluaran produk Nurraysa bole klik link ni PRODUK

 

Jadi, jangan ambil mudah pulak bila dah tahu ni, sebab Paraben ni bahayanya boleh dikatakan 99% sebagai pengganggu hormon! Jadi, baik elak sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi.