Nurraysa-perfume-vs-personaliti

PERFUME VS PERSONALITI ? NO.3 WAJIB BACA..!

Personaliti diri dan minyak wangi memang tak dapat dipisahkan sebenarnya tau! Banyak kajian yang mengaitkan dengan jenis minyak wangi dengan personaliti diri uolls ni..

Sama macam orang sekeliling kita yang akan menilai kita hanya melalui cara berpakaian, bersosial dan apa hobi kita semasa masa lapang yang dapat mencerminkan diri siapa kita yang sebenarnya..

So, nak tahu apa aroma yang sesuai dengan personaliti diri uolls? Jom baca dekat bawah ni!

#1 EXTROVERT
Golongan extrovert adalah seorang yang aktif, mudah mesra, suka bersosial dan gemar bekerja dalam kumpulan. Wangian yang sesuai bagi golongan ini wangian seperti vanila, anggur dan cendana yang mana dapat meningkatkan daya penarik golongan extrovert.

#2 INTROVERT
Golongan introvert antara golongan yang suka menyendiri, tidak suka bergaul, pemalu, dan senang bekerja secara sendirian. Jadi haruman jenis apa yang sesuai untuk mereka yang mungkin tergolong dalam golongan introvert ni? Biasanya haruman yang lembut, manis dan tenang sangat sesuai dengan personaliti seperti ini.

#3 FEMININ
Feminin sebenarnya berkaitan dengan ciri-ciri kewanitaan yang mana melambangkan kelembutan dalam diri seorang wanita..Jadi jenis haruman bunga-bungaan adalah yang paling sesuai untuk golongan feminin! Nak tampil lebih feminin boleh jadikan Eau de Parfurm Vial dari Nurraysa sebagai pelengkap hari uolls dengan aroma ekstrak bunga sakura!

#4 ELEGAN
Individu yang mempunyai penampilan elegan ialah individu yang tampan, rapi, dan kelihatan anggun. Untuk golongan yang mempunyai penampilan elegen sesuai dengan haruman jenis aquatic. Golongan ini disifatkan seorang yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya serta sentiasa bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.

#5 BERKEYAKINAN
Golongan yang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi sesuai haruman wangian citrus! Malah, mereka yang menyukai haruman jenis citrus dikatakan memiliki ciri-ciri keperibadian ceria dan berjiwa muda.

#6 SOFISTIKATED DAN CHIC
Bauan yang segar sangat sesuai untuk mereka yang tergolong dalam golongan sofistikated dan chic yang mana biasanya personaliti jenis ini lebih cheeky dan juga periang gitu! Bauan segar mempunyai tarikan yang tersendiri yang mana boleh menghilangkan stress bila duduk bersama si pemakainya.

#7 HAPPY GO LUCKY
Untuk mereka yang mempunyai personaliti happy go lucky, boleh mencuba haruman berbau gourmand. Sesuai dengan bau yang menyenangkan dan memikat, wangian ini akan “memukau” si pemakai supaya sentiasa ceria dan gembira.

Jadi, untuk pemilihan perfume sangat berkait rapat dengan personaliti uolls sendiri tapi perlu pastikan pemilihan perfume uolls bersesuaian dengan keadaan serta waktu ya !

Bagi yang mengemari haruman bunga-bungaan seperti bunga sakura boleh jadikan Eau De Parfum Vial dari Nurraysa sebagai bff uolls sepanjang hari yang mana ia mampu bertahan sehingga 8 jam! Eau De Parfurm Vial sangat sesuai untuk dibawa ke mana mana kerana bersaiz poket dengan haruman ekstrak sakura yang mana boleh meningkatkan mood serta keyakinan diri uolls..