Nurraysa Jutawan Umur 23

Rahsia Wanita Berpurdah Ini Jadi Jutawan Pada Umur 23 Tahun

Nurraysa Jutawan Umur 23

Banyak orang di luar sana yang ingin berniaga tetapi ada yang belum bermula dan hanya berdiam diri. Apabila melihat billboard di tepi jalanraya, mendengar iklan di radio dan menonton kisah mereka yang berjaya di kaca televisyten, ramai yang cemburu akan kejayaan tersebut.

Jom kita tengok rahsia wanit yang baru berumur 23 ini yang telah pun bergelar seorang jutawan.

Nurraysa Logo

Nurraysa Beauty

Wanita berpurdah yang telah menjadi jutawan pada usia 23 ini adalah Puan Nur Aini Zolkepeli. Beliau merupakan pengasas Produk Nurraysa Beauty.

Seperti yang kita ketahui, membina perniagaan bukan dalam sekelip mata sahaja boleh berjaya. Begitu juga dengan kisah kejayaannya.

Banyak turun naik yang telah dihadapi beliau dalam kehidupannya. Beliau hanya memulakan bisnesnya dengan bermodalkan RM500 yang telah dipinjam dari suami.

Bunyinya macam senang namun hakikatnya tidak sesenang yang dibayangkan. Ketika itu, banyak perkara yang perlu hadapi oleh Puan Nur Aini. Antaranya ketika beliau mula berniaga dengan menjual rumpai laut.

Dalam masa sekejap sahaja pesaing mula bermain harga. Sehinggakan beliau susah nak menjana keuntungan. Namun, beliau tetap tidak berputus asa dan terus berusaha.

Mula Hasilkan Produk Sendiri

Kemudiannya, beliau berhajat untuk mengeluarkan produk sendiri. Malangnya beliau memerlukan modal yang besar dan pada ketika itu, beliau tidak mampu. Ditakdirkan, beliau bertemu dengan seorang rakan yang bekerja di kilang produk kecantikan yang akhirnya telah mengajar beliau membuat sabun sendiri.

Hasilnya, beliau mula menghasilkan produk sabunnya sendiri hanya dari dapur rumahnya. Sabun kecantikan itu diberi nama Nurraysa. Sabun tersebut mula mendapat perhatian ramai tetapi banyak lagi masalah yang timbul.

Sejak daripada itu, Puan Nur Aini mula mencari mentor dan kini; beliau sudah mempunyai rangkaian produk sendiri dengan beribu-ribu ejen di seluruh Malaysia dengan hasil jualan mencecah RM2.5 juta sebulan!

Hasil daripada kejayaan beliau membangunkan perniagaannya, beliau telah memberi banyak kebaikan kepada keluarganya. Suaminya juga menjadi tulang belakang utama dalam perniagaannya. Jika dulu suaminya hanya menjadi pemandu lori tetapi kini beliau menjadi peneraju penting dalam Nurraysa Beauty.

Bantu Surirumah Jana Pendapatan

Nurraysa TV Interview

Dengan hasil daripada perniagaannya, Puan Nur Aini juga telah membantu ramai suri rumah dan wanita di luar sana menjana pendapatan dengan produk miliknya. Dengan matlamat mewujudkan bisnes bersama, beliau sentiasa memberikan bimbingan kepada stokis dan ejennya.

Ada di kalangan mereka yang sudah mampu menjana keuntungan beratus-ratus ribu sebulan.

Puan Nur Aini tak jemu untuk terus belajar, sehingga kini Nurraysa Beauty telah mampu untuk memasuki pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, kita memerlukan keazaman, kerja keras serta bimbingan dan nasihat. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Semoga rahsia kejayaan wanita yang menjadi jutawan seawal 23 tahun ini dapat membakar semangat kita untuk terus maju ke hadapan dan menempa kejayaan.