Resepi Pasta Carbonara, Mudah Dan Kos Murah

 

Bahan- bahan yang diperlukan:

Pasta:

(Didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga lembut)

 

Sos Carbonara:

 

Cara Masak Carbonara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga bangkit bau (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau sahaja)
  2. Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum dan kacau sehingga rata.
  3. Bila agak-agak yang ketiga-tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) macam dah masak sikit. Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu tu dan juga sos pasta prego cheese and herbs. Kacau sehingga rata lagi.
  4. Masukkan air, dan susu cair. Kacau sehingga rata lagi sekali.
  5. Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin, jadi tak perlu tambah garam banyak-banyak. Sila rasa dahulu sebelum tambah garam. Jika dah sesuai dengan selera, tak perlu tambah garam.
  6. Tuang sos atas pasta anda, hias dengan daun parsli/keju parmesan parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan

 

Senang sangat nak buat ni tak sampai 30 minit. Selamat mencuba