Resepi Pilihan Nurraysa : Roti pizza

RESEPI PILIHAN NURRAYSA: ROTI PIZZA

 

Bahan-bahan:

 

Roti

300 g tepung roti
1 biji telur
160 ml susu segar
11 g yis kering
Gula 2 tbsp
Butter 2 tbsp
Bread improver 1/2 tsp
Secubit garam
Hiasan

Sosej
Isi ketam
Udang
Sayur campur
Mozarella cheese
Cheese stick
Mayonis
Sos cili

 

Cara Membuat:

 

Langkah 1:
Satukan susu segar suam, gula dan yis kering kedalam bekas. Biarkan 5 minit.

 

Langkah 2:
Di dalam bekas lain, satukan tepung roti, butter, bread improver dan garam. Gaul sebati dan masukkan campuran yis tadi. Masukkan telur dan uli 15 minit.

 

Langkah 3:
Perap doh selama 30 minit di tempat yang suam.

 

Langkah 4:
Selepas doh kembang, tumbuk doh dan perap lagi 30 minit.

 

Langkah 5:
Canaikan doh bentuk pizza, dan hiaskan mengikut citarasa.

 

Langkah 6:
Biarkan doh 30 minit dan bakar 150 selama 20 minit. Sedia dihidang

 

 

Sumber: SeminitResepi