Salah satu makanan breakfast yang mudah disediakan adalah pancake. Orang Melayu panggil lmpeng. Apa jua namanya, kalau kena gaya buat, memang sangat sedap. Jom try resepi di bawah ini
Bahan-bahan Pancake:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar baking powder
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 1 1/2 atau cawan segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 sudu besar butter (dicairkan)
Bahan-bahan untuk cicah (pilih mengikut kesesuaian dan citarasa)
- maple syrup
- madu
- butter
- sosej goreng
Cara masakan untuk Pancakes
- Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas
- Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna ‘mixer’, cuma guna senduk
- Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi
- Panaskan kuali jenis leper (frying pan) dalam 2-3 minit tetapi tidak perlu letak minyak langsung
- Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan (jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda.
- Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lagi sebelum angkat (hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
- Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis
- Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup (seperti di Mcdonald) dan butter. Namun pancakes juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda