Resepi Pilihan: Pizza Ayam Hawaiian


BAHAN DOH PIZZA

  • 200 grm tepung gandum
  • 125 ml air suam
  • 1 paket yis segera
  • 2 camca besar mentega atau minyak zaitun
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING

  • 1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je
  • 1-2 ketul dada ayam
  • 1 sudu kecil mix italian herbs
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Cheese monzarella
  • Cheese cheeder
  • cili capsicum – potong nipis-nipis
  • cendawan butang- potong nipis
  • nenas tin – potong kecil-kecil
  • Noted : Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.

CARA MEMASAK

1.Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.

2.Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.

3.Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .

4.Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

5.Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je .

6.Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

7.Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang , cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Selamat Mencuba