Resepi Pilihan: Roti John

Siapa berminat untuk dapatkan Resepi Roti John, anda boleh mencubanya di rumah.

Roti John sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Roti John diperbuat daripada sejenis roti yang berbentuk panjang, bahagian dalam roti akan disaluti sardin, tuna atau daging kisar campuran telur ayam dan bawang. Boleh juga di makan dengan seisi keluarga.

Bahan-bahan untuk membuat Roti John:

  • Hidangan: untuk 4 orang
  • Roti hotdog
  • Daging cincang
  • Bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu serbuk kari
  • 4 biji telur
  • Secubit garam
  • Timun (dipotong nipis)
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara untuk membuat Roti John:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga naik wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos.
  4. Masukkan garam sebagai perasa,kacau hingga sebati dan masak.
  5. Tuang bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi telur.
  6. Kacau telur dan bahan-bahan itu hingga sebati.
  7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.
  8. Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan.
  9. Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi.
  10. Jika ingin Roti John yang lembut, terbalikkan bahagian roti dan biarkan panas seketika.
  11. Angkat dan hidangkan dengan hirisan timun, mayonis dan sos cili.