Resepi Pilihan : Snow Cheese Cake

RESEPI PILIHAN : SNOW CHEESE CAKE

 

Tak tahu nak buat pencuci mulut apa bila tetamu datang? Jom try buat Snow Cheese Cake ni. Mudah dan sedap sangat !

 

BAHAN-BAHAN

 

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan susu pekat

2 sudu teh baking powder

2 sudu teh ovelet

2 sudu besar sunquick perisa mango

1/2 cawan minyak masak

Pewarna kuning

 

 

BAHAN UNTUK KRIM :

1 kotak cream cheese – 250 gram

1 kotak Whipping Cream – 250 gram

 

BAHAN UNTUK TOPPING :

1/2 kotak kraft cheddar cheese – diparut

 

 

CARA MENYEDIAKAN KEK KEJU CHEDDAR SNOW :

  1. Masukkan semua bahan2 kecuali minyak masak dan pukul hingga kembang dan gebu menggunakan kelajuan yang sederhana.
  2. Kemudian masukkan minyak masak dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Sediakan bekas acuan/loyang yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
  4. Masukkan aduanna dalam bekas acuan/loyang dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sehingga masak – anggaran  45 minit dengan suhu 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,bahagikan kek tersebut kepada 2 lapisan.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais sekejap sebelum dipotong untuk dimakan.

 

CARA MENYEDIAKAN KRIM :

  • Satukan kedua bahan dan putar sehingga sebati.

 

 

Selamat Mencuba !

 

Sumber: Resepi  Mudah