Resepi Pilihan : Sup Ikan Merah

RESEPI PILIHAN : SUP IKAN MERAH

 

 

Haih, hujan-hujan sejuk macam ni memang sedap la kan kalau pekena makanan yang berkuah ni, sup ke tomyam ke. So, nah! admin kongsikan untuk anda semua resepi mudah nak masak SUP IKAN MERAH daripada Seminit Resepi. Oh, jangan tak tahu menu ni juga boleh dihidang untuk mereka yang berpantang tau 😉

 

 

BAHAN-BAHAN 

 

  • Bahan-bahan tumis
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan lain
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Ikan merah
  • Cili padi
  • Daun sup
  • Lada hitam
  • Garam
  • Pati ayam
  • Air

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah naik bau, masukkan air

  •  Langkah 2

    Masukkan juga lobak merah, lobak putih atau pun sayuran yang diingini.

  •  Langkah 3

    Masukkan kiub pati ayam, lada hitam dan ikan

  •  Langkah 4

    Perasakan mengikut citarasa masing-masing. Sedia dihidang bersama ikan bilis yang ditumbuk dengan cili padi

     

Selamat Mencuba !