Resepi Pilihan: Sotong Telur Masin Lazat

Sotong telur masin biasanya mudah didapati di restoran Chinese Muslim. Kini, semakin ramai yang menggemari hidangan ini.

Bahan utama hidangan ini semestinya sotong dan kuning telur masin. Gabungan kedua bahan ini akan memberi rasa yang memuaskan! Hari ini, admin ingin berkongsi resepi mudah membuat sotong telur masin.

Bahan-bahan

  • 500gm sotong bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering (dipotong)
  • 5 tangkai cili padi (dipotong)
  • 7 helai daun kari
  • Butter
  • Seulas bawang putih
  • Susu sejat
  • 2 biji kuning telur masin (dilenyek)
  • Sedikit garam

Cara memasak

  1. Masakkan sotong anda sehingga ia betul-betul masak. Selepas ia masak, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan butter sehingga cair, tumiskan bawang putih, cili padi, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu sejat bersama kuning telur masin yang sudah dilenyek.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga kuah kering.
  6. Setelah masak, hiaskan hidangan anda mengikut kreativiti dan hidangkan bersama nasi panas.