Berselawat kepada Nabi
Rasulullah SAW bersabda :
“Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali.”
Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat
Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga azan Jumaat.
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda :
“Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh”
Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
“Barangsiapa hanya berwudhu’ di hari Jumaat, maka soleh dan baik, dan barangsiapa mandi, maka mandi itu lebih utama.”
Sahih: Lihat: Sahih wa Dhaif Sunaan Tirmizi (l/497,asy-Syamilah.)
Memperbanyakkan Zikir dan Doa
Kerana pada hari Jumaat, terdapat saat-saat mustajab doa sepertimana yang diisyaratkan Rasulullah bahawa pada saat itu, ia tidak ditolak.
Asy-Syaukani berkata, “Nas-nas telah datang secara mutawatir bahawa pada hari Jumaat terdapat satu saat di mana tidaklah seorang hamba meminta sesuatu kepada Rabb-nya kecuali akan diberikan kepadanya”.
Terdapat lebih dari 40 pendapat, tetapi Asy-Syaukani telah menghitungnya, dan dinukil dari al-Muhibb At-Thabari, bahawa ia berkata.
“Paling Sahih di antara hadis-hadis yg menerangkan tentang hal ini adalah hadits Abu Musa bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :
“Saat itu terjadi antara duduknya Imam (ketika khutbah Jumaat) hingga solat (Jumaat) ditunaikan”
Hadits riwayat Muslim.
Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.
Hadis riwayat Abu Daud- hadis Sahih.
Yakinlah akan dimakbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemakbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.
Wallahua’lam.
Sumber: Ustaz Dr Rozaimi